• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Jamin Pantau Perogol Bersiri Jika Pulang Ke Malaysia

oleh AK-47
20/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memberi jaminan akan memantau perogol bersiri warga Malaysia Selva Kumar Subbiah yang bakal dihantar pulang selepas menjalani hukuman penjara di Kanada.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya mempunyai cara melakukan pemantauan terhadap lelaki itu.

“Walaupun tiada peruntukan undang-undang untuk memantau pesalah itu, kami ada cara tersendiri untuk melakukannya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Selva Kumar dihukum penjara 24 tahun pada 1992 setalah didapati bersalah termasuk bagi 19 tuduhan serangan seksual. Tempoh tahanan penjaranya akan tamat pada penghujung bulan ini.

Laporan media asing memetik pihak berkuasa Penjara Kanada sebagai berkata terdapat risiko tinggi yang Subbiah, 56 tahun, akan mengulangi perbuatannya dan mungkin membunuh.

Khalid berkata walaupun Selva Kumar melakukan perbuatan itu di Kananda, negara itu akan berkongsi rekod jenayahnya dengan PDRM.

“Kami akan menyimpan segala rekod pesalah terbabit,” katanya.

Mengenai penyebaran gambar tiga kanak-kanak diikat dipercayai didera di sebuah taska dalam media sosial, Khalid berkata polis akan menjalankan siasatan terperinci mengenainya.

Semalam, polis menerima laporan mengenai kanak-kanak tersebut diikat kaki dan tangan serta mulut mereka ditutup yang didakwa berlaku di sebuah taman asuhan kanak-kanak di Bangi dekat sini. – BERNAMA

Tags: Perogol BersiriTan Sri Khalid Abu Bakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengawal Keselamatan Ada HIV, Kanser Darah Dihukum Penjara, Sebat Kerana Rogol OKU

Pengawal Keselamatan Ada HIV, Kanser Darah Dihukum Penjara, Sebat Kerana Rogol OKU

28/03/2026
0

Oleh Mynewshub  JOHOR BAHRU – Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di...

Perogol Bersiri Potong Organ Seks Mangsa Dengan Pisau

24/04/2018
0

SEORANG lelaki, yang ditangkap di Rusia beberapa hari lalu telah mengaku membunuh sekurang-kurangnya lapan wanita dengan menggunakan pisau dan pemutar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd