• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wang Jaminan Bekas Pengarah Jans, Isteri Dikurangkan

oleh AK-47
20/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Mahkamah Tinggi di sini hari ini, membenarkan rayuan bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah Ag Mohd Tahir Mohd Talib dan isterinya Fauziah Piut untuk pengurangan wang jaminan dalam kes rasuah dan salah guna kuasa.

Hakim P. Ravinthran membenarkan pengurangan wang jaminan Ag Mohd Tahir, 54, daripada RM10 juta kepada RM5 juta, manakala Fauziah, 51, daripada RM2 juta kepada RM1 juta.

Hakim memerintahkan Ag Mohd Tahir membayar deposit RM2 juta dengan dua penjamin tempatan, manakala Fauziah diperintah membayar deposit RM500,000, juga dengan dua orang penjamin.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua kali sebulan.

Permohonan pengurangan wang jaminan itu dikemukakan peguam kedua-dua tertuduh PJ Periera manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Muhamad Anas Mahadzir.

Pada 29 Dis 2016, Ag Mohd Tahir dan Fauziah serta penasihat teknikal dan kejuruteraan Kementerian Kewangan Sabah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap 37 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan wang tunai dan simpanan bank berjumlah RM61.48 juta, selain memiliki secara salah barangan mewah.

Ag Mohd Tahir mengaku tidak bersalah terhadap lapan pertuduhan memiliki RM56.9 juta dalam bentuk wang tunai dan dalam empat akaun bank, dua pertuduhan memiliki secara salah enam kenderaan mewah dan satu pertuduhan memiliki secara salah 86 jam tangan berjenama mewah.

Dia juga mengaku tidak bersalah bersama-sama isterinya terhadap dua pertuduhan memiliki secara salah barang kemas.

Fauziah pula dikenakan 19 pertuduhan memiliki secara salah barang kemas dan beg mewah serta wang RM2.2 juta dalam pelbagai akaun bank.

Seorang lagi tertuduh, penasihat teknikal dan kejuruteraan Kementerian Kewangan Sabah Lim Lam Beng, 62, yang digantung tugasnya, menghadapi satu pertuduhan memiliki secara salah sebuah kenderaan dan tiga pertuduhan memiliki secara salah wang tunai RM2.38 juta.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. – BERNAMA

Tags: Kes Rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd