• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jakim, IPTA Bekerjasama Perjelas Persoalan Akidah

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Dalam usaha memberi penjelasan segera berhubung persoalan akidah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengadakan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi menjalankan penyelidikan berkenaan isu fatwa di negara ini.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu membolehkan kepakaran kedua-dua pihak digabungkan bagi memastikan setiap persoalan diperjelas dengan cepat dan tepat.

“Dengan adanya kerjasama ini, isu-isu yang ditimbulkan oleh masyarakat atau mereka yang berfahaman liberal akan terus dikaji bagi menghasilkan keputusan dan tindakan segera berhubung perkara yang ditimbulkan.

“Isu-isu semasa yang timbul dalam kalangan masyarakat perlu diberi penjelasan segera berdasarkan hukum agama Islam yang tepat, dan kita bertuah kerana USIM dan UTM dengan kepakaran yang ada sedia melaksanakan kajian terhadap isu yang ditimbulkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan perjanjian kerjasama itu pada majlis seminar kebangsaan pencegahan jenayah akidah di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di Bangi dekat sini.

Othman berkata kajian yang dijalankan hanya melibatkan perkara-perkara yang belum dipaparkan di Islam Grid, portal yang memaparkan maklumat berkaitan Islam dan kemusykilan agama di laman sesawang Jakim.

Beliau berkata hasil kajian tersebut akan dibawa kepada Majlis Fatwa untuk dibahaskan sebelum Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan membuat penentuan hukum berkenaan isu atau perkara yang ditimbulkan.

“Di sini, pihak universiti yang membuat kajian akan bertanggungjawab membentang dan memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengenai sebarang persoalan berkenaan kajian yang dibuat,” katanya.

Othman berkata antara lain, kerjasama itu juga meliputi penterjemahan keputusan-keputusan fatwa ke dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab serta pelantikan Felo Fatwa.

Pada majlis itu, Jakim turut memeterai perjanjian persefahaman dengan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan sebagai pemegang amanah dalam menguruskan akaun khas kefatwaaan, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI). – BERNAMA

Tags: IPTAJakim
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

JAKIM Adakan ‘Tabayyun’ Bersama Timbalan Menteri Agama Susulan Kontroversi New Age Movement

JAKIM Adakan ‘Tabayyun’ Bersama Timbalan Menteri Agama Susulan Kontroversi New Age Movement

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan sesi pertemuan dan ‘tabayyun’ telah diadakan bersama Timbalan Menteri di Jabatan...

Yoga Bukan Sekadar Senaman, Umat Islam Perlu Waspada Unsur Keagamaan – Jakim

Yoga Bukan Sekadar Senaman, Umat Islam Perlu Waspada Unsur Keagamaan – Jakim

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Umat Islam dinasihatkan supaya tidak melihat Yoga semata-mata sebagai aktiviti fizikal kerana amalan berkenaan mempunyai latar belakang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd