• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah ‘Juara’ Kencing Manis & Darah Tinggi

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG TERAP – Kajian Kementerian Kesihatan pada 2015 menunjukkan Kedah ‘juara’ dua penyakit tidak berjangkit utama iaitu kencing manis dan darah tinggi di negara ini.

Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata kajian itu mendapati 25.4 peratus, atau satu daripada empat rakyat Kedah berumur 18 tahun ke atas, menghidap kencing manis dan ini merupakan kadar tertinggi di Malaysia.

Pada masa sama, hampir 40 peratus rakyat negeri ini, atau dua daripada lima orang, mengalami masalah darah tinggi dan kadar itu juga yang tertinggi di Malaysia, katanya.

“Faktor utama yang menyumbang kepada masalah ini adalah tabiat pemakanan yang tidak betul,” kata Dr Norhizan kepada pemberita selepas menghadiri program penutup Klinik Penyayang Percuma, di sini hari ini.

Beliau berkata antara tabiat pemakanan yang tidak sihat ialah pengambilan makanan dengan kandungan gula yang tinggi, berminyak dan berkolesterol seperti nasi lemak, roti canai dan teh tarik.

Dr Norhizan juga berpandangan budaya yang dipegang selama ini iaitu mesti menjamah hidangan ketika menghadiri kenduri turut menyumbang kepada masalah itu.

Keadaan diburukkan dengan mentaliti ‘lebih baik tidak tahu daripada tahu’ yang dipegang oleh sesetengah orang bagi mewajarkan keengganan mereka membuat pemeriksaan kesihatan, katanya.

“Mereka tidak mahu risau sekiranya disahkan ada penyakit. Mentaliti ini perlu diubah,” kata beliau.

Dr Norhizan turut mencadangkan peniaga makanan agar menyediakan pilihan hidangan nasi dalam kuantiti yang sedikit dengan harga berbeza.

“Biasanya apabila kita minta nasi, peniaga akan beri nasi yang banyak sehingga penuh satu pinggan, bila kita minta separuh pula harga tetap sama.

“Dengan tabiat kita yang tidak suka membazir, maka rata-rata akan lebih memilih mengambil nasi yang banyak kerana harga tetap sama,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kedahkesihatan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Public Health Malaysia Hargai Sumbangan Kerajaan Johor, Onn Hafiz

Public Health Malaysia Hargai Sumbangan Kerajaan Johor, Onn Hafiz

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman media sosial Public Health Malaysia (PHM) hari ini secara terbuka menyatakan penghargaan terhadap kerajaan Johor di...

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd