• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Belasah

oleh Ahmad Albab
20/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes sekumpulan individu membelasah seorang pemandu lori di tempat letak kereta kondominium Puncak Anthenaneum, Bukit Antarabangsa dekat sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bagaimanapun tidak mendedahkan butiran dan lokasi suspek lelaki itu ditahan.

“Saya telah mengarahkan Ketua Polis Daerah Ampang untuk mengesan saki-baki mereka yang terlibat memukul pemandu lori berkenaaan untuk ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap.

“Kami tidak boleh biarkan perkara sebegini berlaku lagi seolah-olah tidak ada undang-undang di negara kita ini,” katanya dalam sidang media selepas Pelancaran Op Selamat 10/2017 sempena Tahun Baharu Cina di Persada Plus, di sini, hari ini.

Beliau turut menafikan terdapat orang kenamaan bergelar ‘Datuk’ terlibat dalam kes itu.

“VIP (orang kenamaan) tidak terlibat…yang terlibat adalah pemandu yang dibelasah itu. Jangan sebut VIP, Datuk atau mana-mana menteri yang terlibat dan tidak perlu hendak kaitkan dengan orang lain pula,” katanya.

Khalid turut menggesa mereka yang terlibat dalam kes itu agar menyerah diri di Balai Polis Ampang bagi membantu siasatan.

“Sekiranya mereka tidak serah diri, tunggulah kami datang ke rumah mereka. Kita kenal siapa mereka,” katanya.

Kes itu mendapat perhatian ramai apabila rakaman video yang tidak diketahui sumbernya menjadi tular di laman sosial yang memperlihatkan aksi beberapa lelaki membelasah mangsa yang terbaring di jalan raya selama beberapa minit. – BERNAMA

Tags: kes pukulpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd