• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Maut, 20 Cedera Dirempuh Kereta Dikejar Polis

oleh
22/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELBOURNE – Ibarat aksi filem Hollywood, tiga orang pejalan kaki terbunuh manakala sekurang-kurangnya 20 cedera apabila mereka dirempuh sebuah kereta di pusat bandar di sini pagi Jumaat.

Menurut portal berita Sydney Morning Herald, insiden berlaku apabila seorang lelaki warga tempatan berusia 30-an memandu laju sebuah kereta model Holden berwarna maroon selepas dikejar beberapa kereta peronda polis.

Saksi-saksi mendakwa, kereta itu terbabas di persimpangan Swanston Street dan Flinders Street sebelum berputar 20 kali serta merempuh kumpulan pejalan kaki di Bourke Street Mall yang popular dalam kalangan pelancong.

Menurut perkhidmatan Ambulance Victoria, beberapa orang turut cedera parah akibat insiden tersebut sebelum 10 anggota polis Victoria berjaya mengepung dan terus menahan suspek yang sempat lagi memaki hamun mereka.

“Tiada ancaman terhadap orang awam buat masa ini dan insiden tiada kaitan dengan aktiviti militan pengganas,” tegas Pemangku Komander Polis Victoria, Stuart Bateson dalam sidang media yang diadakan tengah hari.

Beliau menambah kejadian dramatik itu dipercayai bermula dengan satu insiden tikaman yang dilaporkan berlaku sebelum itu di sebuah stesen kereta api di selatan bandar raya tersebut sebelum suspek berjaya melarikan dirinya.

mel1

mel2

mel4

Media tempatan melaporkan bahawa kereta berkenaan dipandu dengan tidak menentu sebelum insiden tersebut, yang berlaku pada waktu sibuk sebelah tengah hari dan sekurang-kurangnya satu das tembakan dilepaskan.

Akses pejalan kaki di Bourke Street antara William dan Swanston Street ditutup ekoran insiden tersebut yang berlaku berdekatan dengan kawasan pusat beli-belah Bourke Street Mall serta popular dalam kalangan penduduk.

Buat masa ini, insiden dipercayai melibatkan seorang lelaki memandu sebuah kenderaan yang merempuh pejalan kaki sebelum 2 petang,” kata pihak polis dalam laman Twitter dikemas kini 2.30 petang (11.30 pagi waktu Malaysia).

“Keadaan kini terkawal,” tambah pihak polis yang menggesa orang ramai menjauhi kawasan itu. Australia yang juga sekutu kuat Amerika Syarikat pernah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga terhadap serangan pengganas asing.

Ia susulan laporan perisikan yang memaklumkan ancaman kumpulan radikal sejak 2004 dan pihak berkuasa Australia mendedahkan ia berjaya mematahkan beberapa cubaan untuk melancarkan serangan ganas di negara itu.

Khidmat kecemasan menyifatkan insiden itu sebagai insiden “dengan banyak kecederaan” dan semua hospital diletakkan dalam keadaan “Kod Merah” untuk merawat mereka yang cedera. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Australiamelbourne
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Australia Minta Bantuan Minyak, ‘Kita Jawab Insya-Allah Kalau Ada Lebihan Kita Bagi’ – PM Anwar

Australia Minta Bantuan Minyak, ‘Kita Jawab Insya-Allah Kalau Ada Lebihan Kita Bagi’ – PM Anwar

18/04/2026
0

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan keperluan tenaga dalam...

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

15/12/2025
0

SYDNEY: Lelaki dan anaknya disahkan Polis Australia sebagai suspek serangan tembakan di Pantai Bondi, Sydney, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 nyawa,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd