• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Angelina Jolie Bakal ‘Hilang’ Zahara?

oleh AK-47
22/01/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMUA maklum bahawa selebriti Hollywood, Angelina Jolie memang tidak asing lagi dengan tindakan murni mengambil anak angkat dari negara berbeza benua.

Angelina  mengambil tiga orang anak angkat iaitu Maddox, 15 tahun; dari Kemboja, Pax, 13 tahun; dari Vietnam dan Zahara, 10 tahun; dari Habsyah.

Namun, berita terbaharu nyata memberi kejutan kepada pelakon filem Maleficent ini apabila ibu kandung kepada anak angkatnya, Zahara tampil merayu mahu bertemu dan melepaskan rindu terhadap anaknya.

Daily Mail melaporkan, Mantewab Dawit Lebiso, 31, tiba-tiba muncul selepas meninggalkan anaknya kira-kira 10 tahun lalu di sebuah rumah kebajikan.

Menurutnya, dia hanya mahu diberikan peluang untuk bercakap dengan Zahara namun ia adalah perkara yang sukar dilakukan.

“Saya hanya mahu melepaskan kerinduan dan bukan mahu meminta wang pelakon itu,” katanya.

Angelina mengambil Zahara dari sebuah rumah kebajikan di Ethiopia ketika kanak-kanak tersebut berusia enam bulan.

Media tempatan antarabangsa melaporkan, Zahara adalah anak yatim piatu selepas ibunya yang berusia 18 tahun meninggal dunia akibat penyakit AIDS.

Bagaimanapun, Mantewab Dawit kemudiannya tampil dan mendedahkan dia belum meninggal dunia dan keluarganya telah menyerahkan Zahara kepada keluarga angkat selepas dia melarikan diri dari rumah.

Pasangan selebiriti itu tidak mengetahui bahawa ibu kanak-kanak tersebut masih hidup.

Pengambilan Zahara sebagai anak angkat kini menimbulkan persoalan dan dia yang semakin meningkat dewasa kini sering memberitahu Angelina mengenai dia mahu pulang ke Habsyah untuk tinggal bersama ibu kandungnya.

Selain tiga orang anak angkat, Angelina turut dikurniakan tiga orang anak iaitu Shiloh Nouvel, Know Leon dan Viviene Marcheline hasil dari perkahwinan dengan pelakon Brad Pitt. – MYNEWSHUB.CC

Tags: anak angkatangelina jolieSelebriti Hollywood
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mara Ambil Putri Qisya Sebagai Anak Angkat

Mara Ambil Putri Qisya Sebagai Anak Angkat

08/07/2025
0

ALOR SETAR - Hasrat ibu yang ingin melihat anak sulungnya menjejakkan kaki ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bakal direalisasikan...

KDN Beri Keutamaan Selesai Permohonan Kewarganegaraan Anak Tidak Sah Taraf, Anak Angkat

KDN Beri Keutamaan Selesai Permohonan Kewarganegaraan Anak Tidak Sah Taraf, Anak Angkat

16/06/2024
0

NIBONG TEBAL : Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi keutamaan untuk menyelesaikan kes permohonan kewarganegaraan membabitkan kategori anak tidak sah taraf...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd