• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abang Johari Teruskan Agenda & Dasar Allahyarham Adenan

oleh AK-47
20/01/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan anggota kabinetnya berikrar untuk meneruskan khidmat bakti yang dilaksanakan oleh ketua menteri sebelum ini, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

“Kami akan terus memenuhi semua janji yang dibuat Allahyarham Adenan apabila Barisan Nasional (BN) menang besar dalam pilihan raya negeri kira-kira lapan bulan lepas.

“Kami akan bekerja sebagai sebuah pasukan dan melakukan yang terbaik untuk memenuhi apa yang telah dijanjikan,” katanya dalam persidangan media sulung, berikutan pelantikan beliau sebagai ketua menteri Sarawak yang baharu pada Jumaat lepas.

Terdahulu, Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud dan Abang Johari menyaksikan majlis angkat sumpah anggota kabinet negeri di Kompleks Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Mengenai rundingan penurunan kuasa dengan kerajaan persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Abang Johari berkata beliau juga akan meneruskan perkara itu.

“Saya berasa amat bertuah kerana saya berada dalam jawatankuasa utama proses rundingan itu. Oleh itu, saya akan meneruskan perkara yang telah dirundingkan berkaitan pelbagai perkara dalam lingkungan konteks Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Malaysia,” katanya.

Mengenai barisan kabinet beliau, ketua menteri berkata pada dasarnya tiada perubahan dilakukan buat sementara waktu, kecuali bagi kementerian kewangan dan perancangan ekonomi yang menerima tambahan portfolio.

Ditanya sebab beliau tidak melantik timbalan ketua menteri ketiga seperti yang dilakukan di bawah pentadbiran Allahyarham Adenan, Abang Johari mengulangi bahawa beliau berhasrat untuk meneruskan apa yang telah dilaksanakan atau dirancang oleh Adenan.

“Berilah saya masa… saya akan melakukan rombakan kabinet apabila tiba masanya.”

Abang Johari berkata sungguhpun mengetuai empat kementerian, itu bukanlah bebanan kepada beliau memandangkan beliau mempunyai banyak menteri muda yang berkebolehan untuk membantunya.

Mengenai UMNO, beliau berkata: “Kami akan terus bekerjasama rapat dengan UMNO dalam semangat Barisan Nasional.”

Ditanya tentang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tanjung Datu yang tarikh penamaan calon ditetapkan pada 4 Feb dan pengundian pada 18 Februari, beliau berkata jadual itu sesuai dengan BN negeri.

Abang Johari berkata beliau masih belum maklum atau menerima nama bakal calon bagi kerusi berkenaan yang sebelum ini disandang Allahyarham Adenan.

“Kami masih bersedih atas pemergian penyandang… bagaimanapun Parti Pesaka Bumiputera Bersatu akan mengadakan mesyuarat majlis tertinggi pada Sabtu ini untuk membincangkan perkara itu.

“Kami mahu seorang calon yang bukan sahaja layak tetapi juga boleh menang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Allahyarham Tan Sri Adenan SatemDatuk Amar Abang Johari Tun Openg
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Badan Bukan Islam Akan Terus Mendapat Peruntukan

24/12/2018
0

KUCHING - Komitmen kerajaan Sarawak untuk memupuk keharmonian dan pemahaman agama bukan hanya sekadar dalam bentuk lisan tetapi juga dalam...

Pendaftaran GPS: Abang Jo Ucap Terima Kasih

19/11/2018
0

SIBU - Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd