• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Individu Didakwa Menyimpan Bir Bernilai RM11,000

oleh Ahmad Albab
19/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Tiga individu termasuk pasangan suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyimpan pelbagai jenis bir bernilai lebih RM11,000 tanpa permit.

Lim Chong Yeow, 43, yang bekerja sebagai tukang cat motosikal didakwa menyimpan barangan larangan import iaitu 720 tin bir jenama Carlsberg dan 3,072 tin bir jenama Tiger bernilai RM6,562.51.

Pasangan suami isteri berkenaan Ching Meng Meng, 56, dan Loh Swee Lan, 45, didakwa menyimpan 2,646 tin bir pelbagai jenama antaranya Tiger Beer, Cruise, Walton Royal Brew dan Skol Beer bernilai RM4,930,85.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di premis No 7, Lorong Penaga dekat sini pada 9.15 pagi pada 13 Jan lalu mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 yang membawa hukuman denda maksimum RM131,250.20 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Sharifah Izura Syed Mashor membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin masing-masing RM4,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Mac untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Awang Kechik manakala Ching dan Loh diwakili peguam Lim Choo Hooi dan Lim tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: bir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kontroversi Salon Rambut: Hijab Dijadikan “Hadiah Buruk”, Cetus Kemarahan Umat Islam

Kontroversi Salon Rambut: Hijab Dijadikan “Hadiah Buruk”, Cetus Kemarahan Umat Islam

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Sebuah salun rambut yang berpangkalan di Sunway Geo Avenue mencetuskan kemarahan ramai netizen selepas didakwa mempersendakan hijab...

Cetak Tarikh Baru, Jual Bir Tamat Tempoh Dengan Harga Murah

Cetak Tarikh Baru, Jual Bir Tamat Tempoh Dengan Harga Murah

18/09/2023
0

Seremban : Jual minuman keras tamat tarikh luput dengan mencetak label tarikh baharu sebelum dijual kepada pengguna. Itu taktik terbaharu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd