Saturday, June 22, 2024

Creating liberating content

PLUS Tutup 134 Lorong...

KUALA LUMPUR - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup kesemua 134 lorong tambah...

Tiada Kenaikan Kadar GST...

SHAH ALAM - Kerajaan menafikan dakwaan pembangkang bahawa kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan...

Udang Malaysia Dijamin Bebas...

PEKAN - Jabatan Perikanan memberi jaminan udang yang diternak oleh 1,200 pengusaha udang...

Mara Beri Penangguhan Bayaran...

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan memberi penangguhan kepada peminjam pelajaran...

Cetak Tarikh Baru, Jual Bir Tamat Tempoh Dengan Harga Murah

Seremban : Jual minuman keras tamat tarikh luput dengan mencetak label tarikh baharu sebelum dijual kepada pengguna.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Itu taktik terbaharu sindiket penyeludupan minuman keras untuk memasarkan produk berkenaan dengan harga murah kerana mendapat permintaan tinggi.

Difahamkan minuman keras berkenaan dijual pada harga antara RM7 hingga RM12 setin.

Bagaimanapun, taktik itu terbongkar selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sembilan melakukan serbuan ke atas sebuah gudang lama di Jalan Puchong, Kuala Lumpur, 8 September lalu.

Pengarah Kastam negeri, Mohamad Hafiz Ishak berkata, serbuan pada 12 tengah hari itu dilakukan hasil risikan dan maklumat orang ramai.

“Hasilnya, kita menyita lebih 65,000 liter minuman keras pelbagai jenama berupa bir dengan nilai cukai dianggarkan RM1.994 juta.


“Turut disita sebuah mesin pencetak yang dipercayai untuk digunakan untuk mencetak tarikh pada tin minuman berkenaan,” katanya pada sidang media di Bahagian Penguatkuasaan dan Pematuhan JKDM Negeri Sembilan di Seremban 2, di sini, hari ini.

Mohammad Hafiz berkata, hasil siasatan mendapati bir yang mendapat permintaan tinggi di pasaran tempatan diseludup masuk oleh sindiket berkenaan dan disimpan di dalam gudang yang terletak di kawasan terpencil.

Beliau berkata, sindiket terbabit mahir dalam mengubah beberapa maklumat pada fizikal tin bir termasuk tarikh luput dengan tujuan mengaburi pihak berkuasa dan orang awam, sebelum ia diagihkan atau diedarkan untuk dijual di pasaran tempatan.

Menurutnya, seorang lelaki tempatan berusia 60-an sudah dikenal pasti sebagai suspek kes berkenaan dan pihaknya sedang dalam proses untuk menahannya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 74 (1)(a) Akta Eksais 1976,” katanya.

-Harian Metro

  • Lagi berita berkaitan:
  • bir

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori