• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Geng Pecah Tabung Masjid Diberkas

oleh AK-47
20/01/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Enam lelaki ditahan kerana disyaki terbabit dalam tujuh kes pecah tabung masjid di daerah Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata semua suspek berusia 25 hingga 32 tahun itu ditahan dalam empat serbuan berasingan di sekitar Taman Seri Muda di sini, Isnin lepas.

“Polis merampas dua motosikal dan sebuah kereta yang dipercayai digunakan suspek untuk melakukan jenayah itu.

“Pelbagai alatan turut dirampas dipercayai digunakan untuk mencuri wang dari tabung masjid seperti pemutar skru dan dawai penyangkut baju,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kumpulan itu dipercayai aktif melakukan jenayah berkenaan sejak dua bulan lepas, katanya.

Menurut Shafien, penahanan itu dibuat susulan tangkapan seorang lelaki berusia 25 tahun yang dipercayai anggota kumpulan terbabit oleh beberapa anggota jawatankuasa Masjid Munawarah Seksyen 27 di sini, kira-kira 4.30 pagi, 30 Dis lepas ketika suspek sedang melakukan perbuatan jenayah itu.

Beliau berkata, modus operandi kumpulan ini adalah menggunakan dawai penyangkut baju yang diletakkan gam di bahagian hujung untuk mengorek keluar wang dari tabung masjid.

“Ujian saringan air kencing terhadap kesemua suspek turut mendapati mereka positif dadah,” katanya.

Tambah Shafie, kesemua suspek direman selama empat hari sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri. – BERNAMA

Tags: ACP Shafien MamatGeng Pecah Tabung Masjid
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nyaris Maut Kereta Terjunam Ke Landasan Komuter

18/01/2018
0

SHAH ALAM – Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan terjunam ke landasan komuter...

4 Anggota Polis Selamatkan Adik Beradik Dari Kebakaran

29/11/2017
0

SHAH ALAM - Tindakan pantas empat anggota polis memecah pintu hadapan sebuah unit di kondominium Sri Mahligai, Seksyen 9 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd