• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO: Tiada Sekatan Ucapan Tapi Biarlah Berfakta & Rasional

oleh Ahmad Albab
25/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua perwakilan yang dilantik menjadi jurucakap dalam perbahasan sempena Perhimpunan Agung Umno 2014 diingatkan tidak terlalu emosi kerana bimbang ia disalah tafsir, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Sekalipun tiada sebarang sekatan ucapan dikenakan, namun ucapan mereka perlulah realistik serta tidak menyentuh isu sensitif, kata Hishammuddin.

“Kalau nak berbahas biarlah bersandarkan kepada fakta, tidak beremosi dan rasional.

“Perlu diingat bahawa forum kita ini tidak berkisar kepada perwakilan sahaja, tapi ramai di luar sana daripada pelbagai lapisan kaum dan agama sedang memerhatikan perbahasan Umno,” kata Hishammuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Usul dan Jurucakap Perhimpunan Agung Umno 2014.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Taklimat Khas Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin Bersama Jurucakap Usul Majlis Tertinggi (MT) dan sayap di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

“Dengan perkembangan teknologi termasuk media sosial ketika ini kita tak boleh nak sekat ucapan…jadi lebih baik kita realistik dan buat perancangan,” katanya.

Taklimat yang berlangsung selama satu setengah jam itu dihadiri kira-kira 60 orang termasuk 42 jurucakap MT dan sayap.

Hishammuddin berkata perhimpunan serta perbahasan Umno yang diikuti secara dekat oleh banyak pihak merupakan bukti bahawa parti itu mampu memperjuangkan nasib rakyat dan bukannya hanya kaum Melayu sahaja.

“Saya gembira orang ramai masih berminat kepada perhimpunan Agung Umno ini. Kalau orang tak kisah bahawa perhimpunan kita mempunyai makna dan nilai, ia petanda yang cukup buruk kepada parti.

“Kita nak semangat baharu daripada perwakilan untuk gerakkan Umno mengikut landskap politik hari ini dan diterima lapisan masyarakat pada masa akan datang,” katanya.

Perhimpunan Agung Umno yang bermula hari ini sehingga Sabtu dihadiri 5,739 perwakilan. – BERNAMA

Tags: HishammuddinUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd