• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Miliki 1kg Kanabis, Nelayan Dihukum Penjara 18 Tahun

oleh Ahmad Albab
18/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – “Jika diikut pertuduhan asal, kamu boleh dijatuhi hukuman mati, tetapi atas ihsan pihak pendakwaan kamu ditawarkan pertuduhan pilihan dan ini diibaratkan diberi peluang hidup kali kedua.

“Diharapkan dengan hukuman ini kamu akan insaf dan memberi pengajaran kepada masyarakat di luar sana bahawa mencari wang dengan menjual dadah bukan sahaja merupakan satu jenayah berat tetapi ia juga punca rezeki yang tidak berkat.”

Demikian nasihat Hakim Mahkamah Tinggi Zainal Azman kepada seorang nelayan yang dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan memiliki dadah jenis kanabis seberat 1.01 kilogram pada Julai dua tahun lalu.

Tertuduh Mohamad Zaharudin Jusoh, 30, didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Balai Polis Kampung Raja di Besut pada kira-kira 10 pagi, 23 Julai 2015 mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang daripada lima tahun dan tidak kurang daripada 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Dia pada awalnya didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) akta sama yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang berbaju kemeja-T putih dan seluar panjang putih mengangguk faham tetapi dilihat sedikit resah selepas hakim menjatuhi hukuman itu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fadhli Mahmud manakala tertuduh diwakili peguam Masliela Ismail. – BERNAMA

Tags: kanabisNelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd