• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banyak Idea Tun M Sudah Lapuk, Kata Salleh

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata banyak idea Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai bagaimana sesuatu perkara perlu dilakukan, sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi berkesan.

Beliau berkata bekas perdana menteri itu perlu meningkatkan pengetahuannya mengenai bagaimana sesuatu perkara dilakukan pada masa kini dan apa maksud perkataan globalisasi.

“Dunia kini tanpa sempadan dan Dr. Mahathir perlu menerima keadaan ini,” katanya menerusi catatan dalam blog beliau di sskeruak.blogspot.my semalam.

Salleh mengulas jawapan Dr. Mahathir terhadap kenyataan Sultan Johor Sultan Ibrahim mengenai pelaburan dari China di Johor, dalam satu wawancara dengan akhbar harian berbahasa Inggeris, The Star Isnin lalu.

Salleh berkata seperti biasa Dr. Mahathir terpaksa menggunakan ‘logik yang tidak masuk akal’ ketika menjawab kenyataan Sultan Johor itu.

Sebagai contoh, Dr. Mahathir berkata beliau menggunakan laporan berita asing sebagai rujukan dan memandangkan laporan itu tidak dicabar atau dinafikan, bermakna ia sememangnya benar.

“Menggunakan logik yang sama, banyak yang diperkatakan tentang Dr. Mahathir yang mana beliau sendiri tidak menafikannya, dan Dr. Mahathir yang berkata bukan semua semua laporan berita asing adalah benar.

“Dr. Mahathir menjelaskan mengenai perbezaan antara pelaburan langsung asing (FDI) yang boleh diterima dan tidak boleh diterima. Warga asing dialu-alukan untuk melabur di Malaysia selagi mereka tidak mendapat manfaat dan ia hanya memberi keuntungan kepada rakyat Malaysia sahaja,” katanya.

Salleh menjelaskan pelabur hanya melabur di mana-mana negara sekiranya ia menguntungkan mereka, seperti semasa zaman Dr. Mahathir apabila beliau memberikan mereka cukai percutian dan menjaminkan mereka dengan buruh yang murah.

Pelabur, kata Salleh, melabur untuk mendapatkan keuntungan dan bukan membuat kerja-kerja kebajikan, Dr. Mahathir juga tahu akan hakikat ini. – BERNAMA

Tags: Salleh KeruakTun Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tun Mahathir Dimasukkan Ke IJN

Tun Mahathir Dimasukkan Ke IJN

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam untuk menjalani...

Kita Bersimpati Kepada Tun Mahathir Dan Keluarga – PMX Anwar

Kita Bersimpati Kepada Tun Mahathir Dan Keluarga – PMX Anwar

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd