• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaum India Terlibat Dalam Pembangunan Bagan Datuk

oleh AK-47
18/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi jaminan bahawa masyarakat India tidak akan dipinggirkan dalam pembangunan baharu pelbagai aspek termasuk pendidikan di Bagan Datuk.

Beliau berkata seperti sebelum ini, masyarakat India akan dilibatkan dalam program pembangunan yang dapat memakmurkan lagi Bagan Datuk, iaitu daerah pentadbiran baharu ke-12 Perak.

“Sebelum ini, kepimpinan kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, pemimpin politik, pertubuhan bukan kerajaan, warga pendidik dan masyarakat India telah membangunkan kawasan kita ini,” katanya ketika berucap merasmikan Program ‘Ponggu Tamil’ di Hutan Melintang dekat sini, malam ini.

Walaupun hujan, kira-kira 3,000 orang menghadiri program itu yang menampilkan campuran sosiobudaya bersempena degan Pesta Ponggal Sedunia.

Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk berharap penduduk daerah itu juga dapat terus hidup dalam keadaan penuh harmoni dengan mengetepikan sebarang perbezaan pendapat demi mencapai kemajuan bersama.

Mengenai sambutan itu, beliau berharap masyarakat India dapat menterjemahkan semangat Ponggal dalam membawa pembangunan ke Bagan Datuk selain membantu program transformasi kerajaan.

“Masyarakat India di sini telah membuktikan bahawa anak jati Bagan Datuk boleh maju bersama-sama dengan kaum lain,” katanya.

Ponggal adalah festival yang disambut sebagai tanda berterima kasih kepada eleman alam yang menjayakan musim menuai.

Pada 9 Jan lepas, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah telah mengisytiharkan Bagan Datuk sebagai daerah pentadbiran baharu ke-12 Perak. – BERNAMA

Tags: Bagan DatukDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Perkukuh Infrastruktur Air, Percepat Pemuktamadan Pelan Induk JS-SEZ

Johor Perkukuh Infrastruktur Air, Percepat Pemuktamadan Pelan Induk JS-SEZ

14/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan negeri akan terus memberikan perhatian kepada perkara yang...

Waspada Sinaran UV, Jaga Diri dan Keluarga – TPM Zahid

Waspada Sinaran UV, Jaga Diri dan Keluarga – TPM Zahid

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap keamatan sinaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd