• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Geli!!! 150 Cacing Dikeluarkan Dari Perut Wanita Ini

oleh AK-47
17/01/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

INDIA – Seorang wanita dari Uttar Pradesh mengejutkan dunia perubatan setelah pembedahan dilakukan ke atasnya mendapati 150 ekor cacing dikeluarkan dari perutnya, masing-masing berukuran 10 inci.

Neha Begum, 22, menderita sakit perut kronik selama berbulan-bulan namun doktor tidak dapat mengenalpasti masalah yang dihidapinya sehinggalah pembedahan dilakukan.

Menerusi pembedahan itu, doktor mendapati sejumlah 150 cacing terdapat di dalam usus Neha dan ia mengambil masa selama lima jam untuk mengeluarkan kesemua cacing tersebut yang telah ‘bersarang’ di dalam perutnya.

Geli!!! 150 Cacing Dikeluarkan Dari Perut Wanita Ini

Doktor Anand Prakash Tiwari dari Hospital KG Nanda, tempat Neha dirawat memberitahu, kes yang dihadapi oleh pesakitnya itu luar biasa.

“Saya amat terkejut. Ini adalah satu kes yang sangat luar biasa.”

Tambahnya lagi, adalah menjadi perkara biasa menemui tiga atau empat cacing di dalam perut pesakit namun situasi yang dihadapi oleh Neha merupakan yang pertama dengan bilangan yang sebegitu banyak.

Manakala Neha pula berkata dia sudah berjumpa beberapa doktor tetapi dihantar pulang dan diberi ubat penahan sakit.

“Saya mengalami kesakitan untuk beberapa minggu. Ia amat dahsyat,” ceritanya.

Jelas Tiwari lagi, “Cacing ini membentuk dalam badan kita disebabkan gaya hidup kotor.”

“Telur cacing-cacing sedemikian biasanya dijumpai pada sayur-sayuran hijau dan sebab itulah doktor selalu menyarankan bahawa sayur perlu dibasuh dengan teliti sebelum digunakan.”

Ketua Hospital KG Nanda memberitahu Neha kian beransur pulih dan sudah makan menggunakan mulut selepas menjalani pembedahan seminggu yang lalu.

Dalam pada itu Neha turut memberitahu dia tidak sabar untuk kembali merasai kehidupan berumah tangga tanpa lagi menderita sakit perut yang turut menjejaskan perhubungan seksnya dengan suami. – MYNEWSHUB.CC

Tags: cacingIndiaperut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

24/02/2026
0

LUCKNOW – Ketegangan yang tercetus di sebuah universiti awam di India akhirnya bertukar menjadi simbol harapan dan perpaduan, apabila pelajar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd