• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Ditipu Iklan Rumah Sewa Di Mudah.my

oleh AK-47
17/01/2017
dalam Gaya Hidup, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Niat sepasang suami isteri untuk berpindah ke rumah sewa baharu yang lebih selesa terbantut apabila rumah yang dijanjikan gagal diduduki selain mengalami kerugian RM800 gara-gara ditipu.

Mangsa menerusi luahan di laman Facebook mengatakan sudah lebih dua minggu individu yang dikenali sebagai Mohd Noor Firdaus Norman yang kononnya mahu menyewakan rumahnya kepada mereka, tidak dapat dihubungi.

“14 Januari dia kata dia berada di Terengganu kerana isterinya sedang bersalin anak sulung dan akan datang ke Shah Alam pada hari Sabtu. Tetapi haram, sampai hari ini kami tunggu, telefon dan mesej semua tak dapat.

Pasangan Ditipu Iklan Rumah Sewa Di Mudah.my

“Dalam masa seminggu, tak pasti berapa ramai yang sudah menjadi mangsa lelaki ini,” kata Maisya Ghani.

Menurutnya, dia dan suami berminat untuk mendiami rumah teres dua tingkat di Seksyen 6, di sini yang diiklankan lelaki terbabit melalui laman sesawang Mudah.my.

Pasangan Ditipu Iklan Rumah Sewa Di Mudah.my

Setelah berpuas hati melihat keadaan rumah dari luar dan bersetuju dengan bayaran bulanan, mangsa terus membuat pembayaran booking sebanyak RM800 ke akaun bank lelaki itu pada 5 Januari.

Pasangan Ditipu Iklan Rumah Sewa Di Mudah.my

Pasangan Ditipu Iklan Rumah Sewa Di Mudah.my

Namun, apabila mangsa menghubungi lelaki itu semula pada 9 Januari untuk berjumpa di rumah sewa, tiada sebarang respon yang diterima sebelum menyedari dirinya ditipu.

“Bila search (semak) nombor telefon dia dalam Facebook, ada orang lain yang pernah menjadi mangsanya. Rumah yang sama dan modus operandinya juga sama.

“Penipu ini pandai, dia jarang reply mesej/call,” kata Maisya.

Pasangan Ditipu Iklan Rumah Sewa Di Mudah.my

Ekoran kejadian, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam, jam 8.33 malam semalam dan turut menasihati orang ramai agar berwaspada dengan taktik penipuan individu terbabit. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kes tipuMudah.myRumahShah Alam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd