• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taklimat Presiden Buka Tirai PAU 2014

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 5,739 perwakilan UMNO dari 191 bahagian di seluruh negara akan mula berkampung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang ini menandakan bermulanya Perhimpunan Agung UMNO 2014.

Tirai bermulanya perhimpunan parti terbesar Melayu itu akan dimulakan dengan taklimat tertutup oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Merdeka, PWTC pada kira-kira jam 3.15 petang.

Perdana Menteri dijangka menyampaikan amanat penting yang antara lain berkisar memperkukuhkan saf kepemimpinan bagi memastikan kerangka disusun untuk perjuangan Melayu dapat diteruskan.

Empat tiang seri UMNO yang menjadi teras perjuangan parti yang ditubuhkan pada tanggal 11 Mei 1946 itu iaitu institusi Raja, Islam, Melayu dan Bahasa Melayu dijangka menjadi sebahagian intipati yang akan disampaikan Presiden.

Tamat sesi itu, perasmian tiga sayap oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyusul malam ini. Seramai 993 anggota perwakilan kali ini mewakili Pemuda, Wanita (992 anggota) serta 991 anggota lagi, Puteri.

Sementara itu, tinjauan BH Online hari ini mendapati persiapan menjelang perhimpunan itu sudah hampir selesai dengan pelbagai persediaan dilakukan petugas dan urusetia perhimpunan serta kakitangan PWTC.

Tidak ketinggalan, peniaga juga turut mengambil peluang membuka perniagaan dengan membawa masuk pelbagai barangan untuk dijual kepada pengunjung.

Kira-kira 200 gerai jualan termasuk tapak pameran oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta turut dibuka sekali gus memenuhi pekarangan PWTC.

Seramai 1,452 petugas media dari 106 akhbar dan agensi berita dalam dan luar negara juga tidak terlepas peluang membuat liputan sepanjang Perhimpunan Agung UMNO kali ini.

Perhimpunan Agung UMNO kali ini, seramai 95 wakil asing yang mewakili 27 parti dari 19 negara juga sudah mengesahkan kehadiran ke persidangan parti itu kali ini serta 84 anggota perwakilan dari 77 Kelab UMNO Luar Negara. – BH Online

 

Tags: UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd