• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkhidmatan Tren Intercity Pantai Timur Pulih Sepenuhnya

oleh Ahmad Albab
17/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan tren Intercity di Pantai Timur yang mengalami gangguan sejak 31 Dis lepas ekoran tanah runtuh dan banjir telah pulih sepenuhnya hari ini.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataannya berkata kesemua perkhidmatan tren Intercity laluan Johor Bahru (JB) Sentral-Tumpat-JB Sentral beroperasi seperti biasa mengikut jadual selepas kerja-kerja baik pulih selesai.

Kenyataan itu menyebut proses baik pulih itu diketuai Ketua Jurutera Wilayah Pantai Timur, Jabatan Urusan Jalan, Mohamad Alpiza Che Ibrahim dengan kerjasama Pengurus Wilayah Timur, Zaid Ibrahim.

Dalam pada itu, empat kakitangan KTMB diraikan dalam satu majlis penghargaan di Stesen Kuala Krai atas perkhidmatan cekap dan cemerlang dalam menjaga keselamatan operasi dan penumpang ketika kejadian banjir dan tanah runtuh itu.

Mereka terdiri daripada pemandu lokomotif Ghazali Idris, pemandu lokomotif rendah Suhaimi Ya, penyelia tren Marzuki Talib dan pembantu trafik Ramli Jusoh, kata kenyataan itu.

Orang ramai boleh mendapat maklumat lanjut mengenai perkhidmatan tren di Pantai Timur melalui talian KTMB 03-22671200 atau layari laman web www.ktmb.com.my. – BERNAMA

Tags: KTMBtren
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

21/02/2026
0

JOHOR BAHRU: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjaya menggagalkan cubaan mencuri kabel sepanjang kira-kira 250 meter di laluan Kempas Baru–Kulai...

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd