• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADUN BN Sungai Air Tawar Meninggal Dalam Rumah

oleh
17/01/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SABAK BERNAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malek meninggal dunia pagi Selasa.

Allahyarham yang dilahirkan pada 1 Spetember 1958 dilaporkan telah ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di kediamannya sendiri di Jalan Besar, Sungai Air Tawar dekat sini.

Pegawai Khas Allahyarham, Mohamad Fariq Roslan ketika mengesahkan kematian itu berkata, arwah dijumpai tidak sedarkan diri kira-kira pukul 9 pagi ini selepas gagal dihubungi sejak awal pagi.

“Sepatutnya beliau dijadualkan menghadiri program Ziarah Kasih Sedetik Bersamamu di Kampung Sekendi pagi ini,” katanya yang dipetik laporan oleh sebuah akhbar tempatan.

Arwah Kamarol Zaki yang berusia 58 tahun serta aktif berpolitik merupakan timbalan ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam selain juga sebagai ketua UMNO cawangan Sungai Air Tawar.

ADUN BN Sungai Air Tawar Meninggal Dalam Rumah

Selain itu, allahyarham turut menjawat kerusi exco Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi ADUN BN Selangor serta pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Bernam Jaya (PPK).

Arwah yang popular dengan panggilan ‘Cikgu Zaki’ merupakan bekas guru besar Sekolah Kebangsaan Seri Mawar dengan mempunyai pengalaman selama 37 tahun dalam dunia perguruan.

Beliau meninggalkan seorang balu, Rossimah Abbas, iaitu seorang guru di Sekolah Kebangsaan Tebuk Jawa serta empat anak iaitu Mohd. Nasir, Mohd. Nazmi, Mohd. Naqib dan Nukman.

Dalam pilihan raya umum ke-13 yang lalu, Kamarol Zaki berjaya mengalahkan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Wahid Rais dengan majoriti 1,416 undi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: ADUN Sungai TawarBarisan Nasional
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Persefahaman Kerajaan Perpaduan Disepakati Hingga Mandat Berakhir – BN Pusat

Persefahaman Kerajaan Perpaduan Disepakati Hingga Mandat Berakhir – BN Pusat

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Pusat menghormati pendirian yang disuarakan oleh BN Johor berhubung hala tuju serta persiapan menghadapi...

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd