• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Hormat Keputusan Singapura Buat Caj Jalan Raya

oleh Ahmad Albab
17/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia menghormati keputusan Singapura memperkenalkan Caj Jalan Raya Timbal Balas (RRC) kepada semua kenderaan yang berdaftar di luar negara itu mulai 15 Februari depan, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata Malaysia akan terus berbincang dengan Singapura berhubung keputusannya sebagai timbal balas terhadap Caj Jalan Raya Malaysia sebanyak RM20 bagi sekali masuk yang dikenakan terhadap kereta yang memasuki Johor mulai 1 November 2016.

“Singapura memperkenalkan Permit Masuk Kenderaan (VEP) pada 1973, kami tidak membalas dan kemudiannya, kami berpendapat kami perlu memperkenalkan caj jalan raya.

“…dan hari ini apabila Singapura mengumumkan mereka mahu mengikut jejak langkah Malaysia berhubung caj jalan raya, kami ingin mereka tahu bahawa kami sebenarnya berbeza namun kami hormati keputusan mereka,” katanya selepas merasmikan Ekspo Arca oleh Ch’ng Huck Theng di sini, malam Isnin.

Liow berkata VEP yang diperkenalkan oleh Malaysia hanya memerlukan pemilik kenderaan asing untuk membayar yuran pendaftaran sebanyak RM10 selama lima tahun.

Beliau berkata tiada diskriminasi ke atas kenderaan Singapura memandangkan caj yang sama juga akan dilaksanakan di sempadan Thailand, Brunei dan Indonesia.

Lembaga Pengangkutan Darat Singapura (LTA) pada Isnin mengumumkan semua kereta yang berdaftar di luar negara perlu membayar RRC sebanyak S$6.40 setiap kali memasuki republik itu sama ada melalui Pusat Pemeriksaan Tuas atau Woodlands.

Menurut LTA, RRC itu akan dikutip bersama-sama VEP, bayaran tol dan bayaran tetap Kadar Bayaran Elektronik (ERP) sebelum meninggalkan Pusat Pemeriksaan Tuas atau Woodlands.

Sementara itu, Liow berkata siasatan berhubung insiden MH17 akan dilanjutkan sehingga 2018.

“Kita akan menyertai sepenuhnya dalam pasukan siasatan bersama dan kita masih gigih dalam penyiasatan.

“Sebenarnya, kita sudah mendapat laporan awal dan kita akan teruskan siasatan mengenainya,” katanya. – BERNAMA

Tags: MalaysiaSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang wakil komuniti pelarian Rohingya, Sharif Media merayu kepada kerajaan dan rakyat Malaysia agar terus menunjukkan belas...

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd