• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JKKK Diberi Tugas Urus Projek Baik Pulih PPRT

oleh AK-47
16/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kini diberi tanggungjawab untuk mengurus projek membaik pulih Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), yang sebelum ini dilaksanakan kontraktor.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob berkata projek membaik pulih itu akan dilaksanakan secara gotong-royong oleh JKKK bersama-sama penduduk kampung.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira margin keuntungan yang diambil kontraktor dalam melaksanakan kerja baik pulih itu sebelum ini.

“Kalau kita serah kepada kontraktor RM10,000 hingga RM15,000 atau kurang, kita dapati margin keuntungan telah diambil kontraktor menjadikan baki untuk membaik pulih semakin berkurang.

“Kadang-kadang, ia bertentangan dengan tujuan kita membaik pulih rumah kerana margin keuntungan yang diambil. Kadang-kadang, rumah itu tidak seperti yang kita harapkan apabila siap (dibaik pulih),” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan JKKK di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat Kabinet Disember lepas.

Selain itu, katanya JKKK diberi peranan untuk memantau projek-projek pembangunan yang dilaksanakan di kampung.

Projek pembinaan jalan kampung, membaik pulih fasiliti awam dan taman didikan kanak-kanak (Tadika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) antara projek yang kerap dilaksanakan di peringkat kampung dan memerlukan pemantauan termasuk aspek status projek berkenanan.

“Peranan itu mampu membantu kerajaan untuk mengenal pasti projek-projek yang mengalami masalah atau terbengkalai,” katanya dan memberitahu bahawa laporan pemantauan status itu perlu diserahkan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sekurang-kurang sebulan sekali. – BERNAMA

Tags: JKKKPPRT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bina Baru PPRT RM56,000

03/04/2022
0

Lipis : Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bersedia untuk mengkaji semula kos bina baru dan baik pulih Projek Perumahan Rakyat...

Ewon Mahu Aduan Peserta Mesej, Kampung Sejahtera, Ladang PPRT Ditangani

08/10/2018
0

KOTA KINABALU - Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah Datuk Ewon Benedick mahu setiap aduan peserta program Mini Estet Sejahtera...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd