• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertemuan Tertutup Najib Dan Pemimpin UMNO Kedah

oleh AK-47
16/01/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan pertemuan tertutup dengan para pemimpin UMNO Kedah di TH Hotel & Convention Centre di sini.

Pertemuan itu, yang bermula pada 4.15 petang dan dijangka berakhir kira-kira dua jam kemudian, turut dihadiri Menteri Besar Kedah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah yang juga Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, Anggota-anggota Dewan Undangan Negeri dan Ketua-ketua UMNO Bahagian negeri.

Tiada kenyataan dikeluarkan berhubung pertemuan itu setakat ini.

Najib yang juga Presiden UMNO dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim pada 3.45 petang bagi mengadakan lawatan dua hari ke Kedah.

Malam ini, Najib dan Rosmah dijadual menghadiri Majlis Jamuan Negeri di Istana Anak Bukit di sini pada 8.30 malam.

Esok, perdana menteri dan isteri memulakan lawatan dengan bersarapan bersama-sama penduduk setempat di Medan Selera Alor Merah di sini pada 8.30 pagi.

Pada 10 pagi, mereka dijadualkan menghadiri majlis Komuniti Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pertama Kedah di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani.

Najib dan isteri kemudian akan ke Padang Awam Kuala Ketil bagi menghadiri program bersama rakyat kira-kira 2.30 petang sebelum pulang ke ibu negara. – BERNAMA

Tags: UMNO Kedah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wang Milik UMNO Kedah, Habib Jewel Belum Dipulangkan

21/04/2020
0

WANG milik Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah (UMNO Kedah) dan Habib Jewel Sdn Bhd masing-masing berjumlah RM1.05 juta dan RM100,000,...

Kerajaan Rayu Kes Lucut Hak UMNO Kedah, Habib Jewels

26/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan pihak pendakwaan bagi melucut hak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd