• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Rayu Kes Lucut Hak UMNO Kedah, Habib Jewels

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan pihak pendakwaan bagi melucut hak ke atas wang berjumlah RM1.15 juta daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah (UMNO Kedah) dan Habib Jewels Sdn. Bhd.

Wang berkenaan dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lepas, yang didakwa mempunyai kaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Rashid Sulaiman memberitahu pemberita notis rayuan tersebut difailkan oleh Jabatan Peguam Negara di Mahkamah Rayuan pada 16 Disember lalu.

“Pihak pendakwaan juga telah membuat permohonan bagi menangguhkan pelaksanaan perintah untuk memulangkan harta tersebut (wang RM1.15 juta), kepada pihak responden iaitu UMNO Kedah dan Habib Jewels pada 20 Disember lalu,” katanya selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Mahyudin Mohmad Som hari ini.

UMNO Kedah dan Habib Jewels masing-masing didakwa menerima wang terbabit, daripada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjumlah RM1.05 juta dan RM100,000.

Abdul Rashid berkata pada prosiding hari ini, mahkamah turut memerintahkan pihak UMNO Kedah untuk memfailkan afidavit balasan, berhubung penangguhan pelaksanaan perintah untuk memulangkan harta selewat-lewatnya pada 7 Januari depan, manakala Habib Jewels perlu memfailkan afidavit balasan pada atau sebelum 14 Januari.

Katanya, mahkamah menetapkan 7 Januari depan untuk pengurusan kes bagi UMNO Kedah dan 5 Februari untuk pengurusan kes Habib Jewels.

Peguam R Hanita mewakili UMNO Kedah dan peguam Gooi Yong Shuh bertindak bagi pihak Habib Jewels.

Pada 13 Disember lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali, menolak permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak ke atas wang berjumlah RM1.05 juta daripada UMNO Kedah dan RM100,000 daripada Habib Jewels.

Dalam sidang akhbar sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata beliau memfailkan permohonan pelucutan hak terhadap 41 responden, untuk mendapatkan kembali RM270 juta dana berkaitan 1MDB.

Latheefa berkata, langkah ini adalah mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Amla), yang SPRM percaya wang ini dipindahkan daripada akaun bekas perdana menteri, Najib Razak.

Tags: 1MDBhabib jewelsSPRMUMNO Kedah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd