• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LHDN Kutip Lebih RM114 Bilion Cukai Langsung Pada 2016

oleh Ahmad Albab
16/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengutip lebih daripada RM114 bilion cukai langsung pada 2016, merosot sedikit berbanding RM116.8 bilion yang dikumpul pada 2015.

Timbalan Ketua Pengawai Eksekutif (Pengurusan) LHDN Datuk Mohd Nizom Sairi berkata jumlah kutipan tersebut susut sedikit berbanding RM115 bilion yang di sasarkan untuk tahun 2016 berikutan kelembapan ekonomi serta harga minyak dunia yang tidak menentu.

“Prestasi ekonomi negara dan di seluruh dunia, menerima kesan negatif daripada penurunan harga petroleum sejak pertengahan 2014.

“Ia bukan sahaja memberi kesan ke atas industri minyak secara langsung, malah turut memberi kesan kepada sektor ekonomi secara keseluruhannya.

Oleh itu, kutipan hasil 2016 turun berbanding pencapaian 2015,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Kunjungan Mesra Hasil Peringkat Nasional di sini hari ini.

Susulan pengubahsuaian Bajet 2016, kajian semula kedua Kementerian Kewangan mengunjurkan kutipan cukai langsung untuk 2016 sebanyak RM115 bilion.

Untuk 2017, LHDN menyasarkan untuk mengutip sebanyak RM127 bilion cukai langsung, selari dengan jumlah yang diunjurkan oleh kerajaan dalam Bajet 2017. – BERNAMA

Tags: CukaiLHDN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

e-Invois – 52,540 Pembayar Cukai Tampil Isytihar Pendapatan RM4.07 Bilion

e-Invois – 52,540 Pembayar Cukai Tampil Isytihar Pendapatan RM4.07 Bilion

20/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  CYBERJAYA – Pelaksanaan sistem e-Invois yang diperkenalkan kerajaan dilihat mula memberi kesan positif terhadap tahap pematuhan cukai apabila...

Permohonan Pengecualian Cukai Kini Wajib Melalui e-Derma Mulai 15 Jun

Permohonan Pengecualian Cukai Kini Wajib Melalui e-Derma Mulai 15 Jun

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengumumkan pelaksanaan mandatori sistem e-Derma bagi urusan permohonan baharu kelulusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd