• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BR1M: Tun Mahathir Tidak Mahu Mengaku Salah

oleh Ahmad Albab
16/01/2017
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat tidak mahu mengaku salah walaupun telah mengubah pendiriannya mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sebelum ini dilabel oleh beliau sendiri sebagai satu bentuk rasuah dan haram.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Othman Aziz berkata, ini kerana kenyataan Dr. Mahathir yang mahu mengekalkan BR1M sekiranya parti campuran pembangkang memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang, jelas menunjukkan BR1M memberi manfaat kepada rakyat.

“Kita sangat sedih apabila Tun M sebelum ini mempolemikkan BR1M sehingga menimbulkan kekeliruan kepada rakyat,” katanya selepas menghadiri Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Kedah di Istana Anak Bukit, di sini hari ini.

Dr. Mahathir dilapor mengeluarkan kenyataan itu pada Majlis Pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Stadium Malawati, Shah Alam, semalam.

Othman berkata, BR1M sebenarnya bukanlah satu bentuk rasuah sebaliknya bantuan yang diberikan kepada rakyat yang memerlukan, sama seperti duit ihsan yang diberi FELDA kepada para peneroka dan Bantuan Awal Persekolahan yang diberikan Kementerian Pendidikan kepada ibu bapa.

Justeru, beliau turut menasihati penerima BR1M supaya bijak menggunakan bantuan yang diterima dengan melaburkannya pada agensi yang bersesuaian agar mendapat pulangan lain, selain tidak boros berbelanja. – BERNAMA

Tags: BR1MTun Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

19/07/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan saman fitnah Dr Mahathir Mohamad terhadap Ahmad Zahid Hamidi kepada 26 Ogos selepas bekas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd