• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Rampas Dadah Bernilai Lebih RM100,000

oleh Ahmad Albab
16/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis Pahang merampas dadah bernilai RM129,538 selepas menahan seorang lelaki di hadapan sebuah rumah di Taman Polo, di sini Jumaat lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang, Supt Lam Thiam Huat berkata sepasukan polis menahan kereta dinaiki suspek berumur 27 tahun hasil maklumat awam, kira-kira pukul 7.45 malam.

Susulan tangkapan itu, katanya, suspek membawa polis ke sebuah rumah sewa di Taman Kota Sultan Ahmad Shah di sini, dan polis menemukan 11,974 pil kuda dianggarkan bernilai RM119,470 serta dadah jenis syabu seberat 143.83 gram bernilai RM10,068.

“Selain itu, polis turut merampas wang tunai RM7,800, barangan kemas bernilai RM6,948 dan sebuah kereta bernilai RM45,000,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Lam berkata siasatan awal mendapati suspek yang mempunyai tiga rekod jenayah lampau itu dipercayai memperoleh bekalan dadah berkenaan dari negara jiran dan Kuala Lumpur untuk pasaran sekitar bandar ini dan Kemaman, Terengganu.

Beliau berkata lelaki itu ditahan reman selama seminggu mulai semalam untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu boleh dihukum gantung mandatori jika disabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: kes dadahpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd