• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Pedofilia Dihukum Penjara & Dimandulkan

oleh AK-47
16/01/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIGA lelaki pedofila yang ditahan berhubung kes rogol dan bunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Kota Sorong, Papua Barat, akan dihukum kembiri dan dipenjara seumur hidup, lapor Tribunnews.

Ketua Perhubungan Awam Polis Indonesia, Inspektor Jeneral Boy Rafli Amar berkata, hukuman kembiri secara kimia akan dijalankan bagi pesalah seks kanak-kanak menurut undang-undang di negara itu.

“Hukuman tambahan iaitu kembiri akan dijalankan terlebih dahulu sebelum ketiga-tiga suspek dipenjarakan,” katanya.

Tiga Pedofila Dikembiri & Penjara Seumur Hidup

Donal Wanggaimo, 20, Nando Kinombae, 19, dan Lewi Gogoba, 20, yang juga merupakan jiran kepada mangsa, mengaku merogol, mencekik hingga mati sebelum menanam mayat kanak-kanak itu ke dalam lumpur.

Sebelum kejadian, Donal mengambil mangsa dari rumahnya dan membawanya ke dalam semak di hujung jalan sebelum dua lagi rakannya datang dan secara bergilir-gilir merogol mangsa.

Antara kesan luka yang ditemui ialah bibir atas mangsa bengkak serta kesan luka sepanjang satu sentimeter pada bahagian dalam bibir. Selain itu, dagu kanak-kanak malang itu juga ada kesan luka serta bengkak.

Mayat mangsa ditemui pada Selasa lalu berdasarkan maklumat dari abangnya yang melihat Donal bersama mangsa sebelum menyedari kehilangan adiknya itu. Donal dan dua lagi rakannya ditahan beberapa jam kemudian. – MYNEWSHUB.CC

Tags: pedofilaPerogol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pedoq Zalim Dijatuhi Hukuman Mati Melalui Suntikan Maut

Pedoq Zalim Dijatuhi Hukuman Mati Melalui Suntikan Maut

06/05/2026
0

Oleh Mynewshub PARADISE, TEXAS – Seorang bekas pemandu penghantaran syarikat FedEx dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah menculik dan membunuh...

Pengawal Keselamatan Ada HIV, Kanser Darah Dihukum Penjara, Sebat Kerana Rogol OKU

Pengawal Keselamatan Ada HIV, Kanser Darah Dihukum Penjara, Sebat Kerana Rogol OKU

28/03/2026
0

Oleh Mynewshub  JOHOR BAHRU – Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd