• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siti Nordiana Berjaya Kikis Perasaan Malu

oleh Ahmad Albab
15/01/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Penyanyi Siti Nordiana berkata dia sudah berjaya mengikis perasaan malu yang menebal dalam dirinya sejak setahun kembali aktif dalam dunia hiburan tanah air.

Siti Nordiana atau lebih mesra dengan sapaan Nana, 33, berkata, dia mendapat semangat baharu sejak setahun lalu iaitu selepas memenangi program realiti Gegar Vaganza musim kedua.

“Saya seorang yang sangat pemalu, kalau nak buat apa-apa mesti tidak jadi kerana rasa malu dan kerdil. Tapi Alhamdulillah sekarang saya berjaya membuangnya.

“Saya dapat semangat baru dan sentiasa menganggap setiap peluang yang datang kepada saya perlu dilakukan sebaik mungkin,” ujarnya yang baharu sahaja menamatkan pementasan teater Dia Semanis Honey Muzikal di Istana Budaya pada Khamis.

Teater yang bermula sejak 3 Januari lalu itu mendapat sambutan menggalakkan sehingga dilanjutkan selama tiga hari iaitu sehingga 12 Januari lalu.

Tambah Siti Nordiana, dia cuba memberi lakonan terbaik sepanjang 10 hari teater tersebut dipentaskan.

“Lakonan teater ini berbeza daripada lakonan drama, setiap hari saya mahu buat lebih baik dan tidak boleh ada rasa malu-malu. Saya rasa seronok kerana penonton beri respon yang baik membuatkan saya bersemangat,” ujarnya.

Teater tersebut membariskan pelakon-pelakon popular seperti Siti Nordiana, Alif Satar, Marsha Milan, Nadya Syahera, Datin Nina Juren Ahmad Fauzi, Aleeza Shahdan dan Dafi.

Pementasan ini adalah adaptasi dari drama berkenaan yang di siarkan di Astro Ria pada Mei 2016.

Dalam perkembangan lain, katanya, dia bakal digandingkan semula dengan pelakon Alif Satar dalam sebuah drama berjudul Pengantin Musim Salju.

Katanya, penggambaran drama berkenaan akan bermula selepas Hari Raya Aidilfitri.

“Saya ambil tawaran berlakon sekali sahaja setahun, ada juga produksi yang tawarkan bergandingan dengan pelakon lelaki lain tapi jadual saya tidak mengizinkan.

“Insya-Allah, saya juga teringin untuk cuba berlakon dengan orang lain jika ada masa yang sesuai,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang perkembangan kerjaya nyanyian, Siti Nordiana berkata dia dalam proses meneribitkan single terbaharunya yang bakal keluar tidak lama lagi. – mStar Online

Tags: penyanyiSiti Nordiana
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

Mahkamah: Bicara Kes Saman Siti Nordiana, Lima Sekawan 12 Hari Di Mahkamah Tinggi

Mahkamah: Bicara Kes Saman Siti Nordiana, Lima Sekawan 12 Hari Di Mahkamah Tinggi

01/06/2023
0

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes saman difailkan penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana Alias atau dikenali Nana, terhadap lima individu termasuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd