• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengundi PAS Taksub Hanya Pemimpin Mereka Betul?

oleh Ahmad Albab
16/01/2017
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN), Suhaizan Kayat mendakwa terdapat beberapa jenis kelompok di Malaysia yang boleh menjejaskan usaha Pakatan Harapan merampas pemerintahan negara ini.

Kata beliau, kelompok pertama adalah pengundi taksub iaitu pengundi yang taksub kepada pemimpin sendiri atau parti sendiri menyebabkan minda mereka menjadi beku dan jumud.

“Hanya rasa kumpulan sendiri sahaja betul, suci dan mulia. Kumpulan lain sebagai hina dan perlu dihapuskan.

“Hanya menerima maklumat daripada pemimpin sendiri sahaja. Tidak langsung mahu menerima teguran daripada orang lain,” katanya di Facebook beliau baru-baru ini.

Suhaizan berkata, kelompok kedua adalah pengundi keliru sipaya kawan dan lawan kerana mereka sanggup berkawan dengan lawan politik mereka tetapi berlawan dengan kawan mereka.

Kata beliau, kelompok pengundi itu keliru siapakah pembangkang sebenar dan pengacau kepada pakatan pembangkang.

Meskipun beliau tidak menyebut kelompok pengundi yang dimaksudkan, namun umum memahami ia ditujukan kepada ahli dan penyokong PAS.

Beberapa pemimpin Pakatan Harapan sebelum ini cuba memujuk PAS kembali bersama pakatan pembangkang selepas menyedari sokongan umat Islam ke atas mereka mula luntur.

Pujukan itu tidak dilayan menyebabkan Pakatan Harapan mempergunakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memujuk tetapi gagal.

Situasi itu menyebabkan penyokong Pakatan Harapan mula melontarkan serangan bertubi-tubi kepada PAS dengan pelbagai dakyah dan tohmahan seperti yang mereka lakukan ke atas UMNO selama ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PANPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd