• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aksi Pelajar Tingkatan 4 Bantu Kawal Lalu Lintas Tular

oleh AK-47
15/01/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Onn, Batu Pahat, tidak menyangka aksinya bantu mengawal lalu lintas pada Khamis, menjadi tular di media sosial.

Menurut Muhammad Syameel Mad Daud, 16, dia nekad bertindak sedemikian selepas mendapati lampu isyarat di persimpangan Jalan Rugayah, di situ, tidak berfungsi kerana bekalan elektrik putus.

“Semasa kejadian, saya dalam perjalanan pulang daripada aktiviti kokurikulum, dengan menunggang motosikal, namun motosikal saya tidak bergerak dalam tempoh yang lama tetapi bila sampai di sini, rupanya lampu isyarat rosak.

“Tanpa berlengah lagi setelah turun daripada motosikal, saya terus ke tengah jalan bantu menyuraikan kesesakan ini, saya tiada niat lain hanya untuk membantu pengguna jalan raya yang lain.

“Saya tak sangka gambar saya cuba bantu menyelesaikan kesesakan jalan raya di persimpangan jalan akibat lampu isyarat terputus bekalan elektrik itu menjadi tular di media sosial terutamanya di laman Facebook,” katanya kepada Sinar Online.

Setelah 15 minit mengawal lalu lintas, Syameel memberitahu, beberapa anggota polis trafik tiba mengambil alih untuk mengawal keadaan.

Anggota polis trafik terbabit turut menasihatinya agar tidak melakukan lagi kerana ianya mungkin membahayakan nyawanya sendiri.

Meskipun menyedari tindakannya itu berbahaya, Syammel mengakui dia berpuas hati apabila dapat membantu orang ramai.

Tags: pelajarviral
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd