• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAM Perlu Perkenal Had Gaji Siling Dalam Liga M

oleh AK-47
14/01/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Datuk Peter Velappan mencadangkan agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) segera memperkenalkan had gaji siling untuk pemain dalam Liga Malaysia (Liga M).

Velappan yang berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Agung FAM dari 1963-1980, berkata langkah itu penting bagi mengelak pasukan berdepan krisis kewangan dalam mempersiapkan pasukan untuk musim baharu seperti dihadapi beberapa pasukan termasuk Kelantan dan Selangor.

“Saya menyokong penuh idea untuk memperkenalkan had gaji siling (oleh pihak tertentu) dan liga kita tidak seharusnya mempunyai pemain import, sebaliknya pemain berbakat dari negara ini beraksi di luar negara,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Velappan berkata persatuan bola sepak negeri perlu mencari jalan bagi menjana pendapatan untuk membantu pasukan mereka dan bukannya bergantung kepada dana daripada kerajaan negeri masing-masing.

Beliau menegaskan strategi pemasaran yang lemah dalam kalangan pasukan Liga M serta pentadbiran kurang berkesan dalam FAM antara penyumbang utama kepada isu kekangan kewangan yang dihadapi pasukan tempatan.

Mengambil contoh Liga Jepun sebagai contoh, beliau berkata liga itu telah diiktiraf di seluruh dunia berikutan strategi pemasarannya yang baik, sekali gus menarik minat banyak syarikat swasta untuk melabur dalam industri bola sepak di negara berkenaan.

“Perubahan drastik dalam FAM perlu berlaku dengan sistem dan kepimpinan baharu supaya liga kita dikendalikan oleh badan profesional dan bukan lagi FAM,” tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Velappan berpendapat bahawa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) perlu menimbang semula keputusan mereka untuk menambah bilangan pasukan dari 32 kepada 48.

Beliau berkata hanya empat negara Asia telah mencapai tahap beraksi di peringkat Piala Dunia iaitu Jepun, Korea Selatan, Iran dan Arab Saudi.

“Tahap bola sepak dalam kalangan negara Asia belum lagi mencapai tahap sepatutnya. Saya tidak menentang idea tersebut tetapi kita perlu berfikir mengenai kesan di kemudian hari. Pada masa ini, 32 pasukan beraksi di Piala Dunia adalah munasabah,” katanya.

FIFA sebulat suara menyokong perubahan format tersebut pada mesyuarat di Zurich, Switzerland, bersempena Anugerah Bola Sepak FIFA pada Selasa.

Berdasarkan format baharu itu, jumlah perlawanan akan bertambah kepada 80 berbanding 64 perlawanan, namun juara kumpulan perlu bermain tujuh perlawanan di pusingan awal. – BERNAMA

Tags: Datuk Peter VelappanFAMGajiLiga Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

JDT 11 tahun Dominasi Liga Malaysia Sejak 2014  – Syafiq Rahim

JDT 11 tahun Dominasi Liga Malaysia Sejak 2014 – Syafiq Rahim

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas pemain Syafiq Rahim menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas berjaya melangkah ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd