• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khaleda Zia Gagal Ketepi Tuduhan Rasuah

oleh Ahmad Albab
24/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DHAKA – Mahkamah Agung hari ini menolak rayuan bekas Perdana Menteri Bangladesh, Khaleda Zia untuk mengetepikan dua tuduhan rasuah membabitkan AS$650,000 atas alasan ia difailkan secara tidak sah, kata peguamnya, Rafiqul Islam Mia.

Rayuan di mahkamah tertinggi itu adalah langkah terbaharu untuk menghalang perbicaraan yang kedua-duanya bermula September lalu selepas ditangguhkan selama beberapa tahun.

Rafiqul Islam berkata, barisan peguamnya akan meneruskan usaha itu dan berkata tuduhan berkenaan adalah tidak benar dan sengaja diada-adakan.

Sebaliknya pihak pendakwa berkata, peguam Zia hanya membuang masa dengan pendengaran praperbicaraan sudah ditangguhkan lebih 36 kali.

Zia, 69, menyifatkan tuduhan itu sebagai bermotif politik yang bertujuan menghapuskan Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) pimpinannya sambil berikrar untuk menjatuhkan kerajaan musuh ketatnya di bawah, Perdana Menteri, Sheikh Hasina.

Zia dan tiga pembantunya dituduh menggelapkan sejumlah 31.5 juta taka (AS$400,000) daripada tabung amanah kebajikan selepas kematian suaminya, Ziaur Rahman, bekas Presiden yang dibunuh pada 1981.

Dia dituduh mengetuai sekumpulan lima orang termasuk anak lelaki sulung dan bakal penggantinya dalam menggelapkan 21.5 juta taka (AS$277,000) – wang yang sepatutnya dimasukkan ke rumah anak yatim yang ditubuhkan bagi memperingati suaminya. – AFP

Tags: Bangladesh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak semua persatuan penjaja dan peniaga boleh diharapkan dalam usaha...

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

20/05/2026
0

INI bukan cerita rekaan. Ini kisah benar yang menunjukkan betapa mudahnya bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu jika ada keperluan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd