• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPN Sabah Fokus Kepada Intergriti Guru Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
12/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah tahun ini akan memberi fokus kepada usaha memelihara integriti warga jabatan dalam memantapkan sistem penyampaian di semua sekolah di negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Maimunah Suhaibul berkata antara langkah yang diambil ialah dengan menjemput wakil daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi taklimat pada mesyuarat di peringkat JPN dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

“Semalam, saya menerima kunjungan hormat daripada Pengarah SPRM Negeri Datuk Shaharom Nizam Abdul Manap dan antara isu yang dibentangkannya ialah isu pemberian tender perkhidmatan bekalan kepada anggota keluarga pengetua atau guru besar sekolah.

“Kami tidak diberikan data yang spesifik, tetapi dengan isu yang dibangkitkan itu, jelaslah bahawa JPN perlu mengambil langkah-langkah yang patut untuk memelihara integriti tenaga pengajar dan seluruh warga jabatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan perutusan awal tahun kepada para guru Sabah di sini hari ini.

Selain pengurusan kewangan sekolah, Maimunah turut menekankan integriti guru dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada pelajar dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, termasuk dalam pengurusan dan pengendalian peperiksaan di sekolah mahupun peperiksaan awam.

Dalam perkembangan lain, beliau menyambut baik arahan Kementerian Pendidikan untuk menempatkan graduan Institut Pendidikan Guru sebagai guru interim bagi mengisi kekosongan di sekolah-sekolah sementara menunggu peluang untuk ditemu duga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Beliau turut menyambut baik penstrukturan semula kementerian bagi memberi lebih autoriti kepada JPN dan PPD dalam membuat keputusan.

“Kami belum tahu berapa banyak perjawatan yang terlibat untuk Sabah, tetapi ini satu pengumuman yang dinanti-nantikan,” katanya. – BERNAMA

Tags: GuruJPN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

09/04/2026
0

KAJANG – Seorang guru sekolah swasta maut dalam keadaan tragis selepas digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd