• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siti Saleha & Lutfi Rancang Nikah Lepas Raya

oleh Ahmad Albab
12/01/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON, Siti Saleha berkata dia merancang untuk melangsungkan perkahwinan dengan tunangannya, Lutfi Azhar selepas Hari Raya Aidilfitri depan.

Bagaimanapun, Siti Saleha Baharom, 27, berkata, buat masa ini dia dan Lutfi, 31, masih belum mempunyai tarikh sebenar untuk majlis istimewa tersebut.

“Insya-Allah saya akan berkahwin pada tahun ini iaitu selepas raya Aidilfitri tapi belum ada tarikh yang tepat lagi buat masa ini.

“Sebenarnya saya tidak mahu terlalu merancang dan setakat ini belum beli apa-apa lagi. Tema untuk majlis pun saya belum ada, masih mencari-cari. Cuma akan ada beberapa majlis yang kami akan adakan,” ujarnya kepada mStar Online.

Saleha ditemui pada majlis sidang media 7 Hari Mencintaiku yang di adakan di Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

Siti Saleha bakal melalui hari bahagia bersama Lutfi iaitu sebuah perkahwinan selepas Aidilfitri nanti. FOTO: Dari Instagram Siti Saleha.
Siti Saleha bakal melalui hari bahagia bersama Lutfi iaitu sebuah perkahwinan selepas Aidilfitri nanti. FOTO: Dari Instagram Siti Saleha.

Drama tersebut mendapat 12 juta tontonan ketika ditayangkan di stesen TV3 bulan lalu.

Siti Saleha bertunang dengan Lutfi, seorang pegawai kerajaan pada pada 26 November 2016.

Sementara itu, ditanya tentang dugaan dalam tempoh pertunangan lebih sebulan ini, Saleha berkata, dia sentiasa berfikiran positif dalam melayari alam pertunangan.

“Saya sentiasa positif dan tidak terlalu malayan perkara yang menjejaskan pertunangan. Bergaduh itu biasalah, semua hubungan ada pasang surutnya.

“Apa yang saya boleh katakan, saya rasa baik-baik sahaja pada ketika ini. Tidak mahu meletakkan tekanan terhadap persiapan perkahwinan itu,” ujarnya.

Ditanya tentang tajaan untuk majlis itu, Saleha berkata, dia ada menerima beberapa tawaran untuk menaja perkahwinannya.

Namun, dia masih belum memikirkan perkara berkenaan. – mStar Online

Tags: pelakonSiti Saleha
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd