• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Tunggu Makluman Kekosongan Kerusi DUN

oleh AK-47
12/01/2017
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas selepas memnerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berhubung kekosongan kerusi DUN Tanjong Datu berikutan kematian penyandangnya, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dalam kenyataan hari ini, berkata SPR mengambil maklum akan pengumuman pemergian Adenan.

“SPR akan menunggu pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Sarawak mengenai kematian itu dan kekosongan luar jangka kerusi DUN Tanjong Datu,” katanya.

Mohd Hashim berkata sebarang maklumat lanjut mengenai perkara tersebut akan dibuat dari semasa ke semasa.

Adenan adalah penyandang kerusi Tanjong Datu sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) 2006 dan sebelum ini merupakan Anggota DUN Muara Tuang sejak pilihan raya kecil pada Januari 1979.

Adenan, 72, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1.20 tengah hari ini di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan, Kuching berikutan komplikasi jantung yang dialaminya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohd. Hashim AbdullahDUNSPR
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Calon BERSAMA Lau Yi Leong Dedah Belanja Kempen DUN Johor Jaya Lebih RM50,000

Calon BERSAMA Lau Yi Leong Dedah Belanja Kempen DUN Johor Jaya Lebih RM50,000

12/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon parti BERSAMA bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 11...

MCA Ucap Terima Kasih Anthony Loke: ‘Kami Memang Tidak Pernah Menang Di Negeri Sembilan Sejak 2013

MCA Ucap Terima Kasih Anthony Loke: ‘Kami Memang Tidak Pernah Menang Di Negeri Sembilan Sejak 2013

20/07/2026
0

SEREMBAN - MCA mengucapkan terima kepada Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook kerana mengingatkan MCA tidak pernah memenangi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd