• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Johor Ucap Takziah Atas Pemergian Adenan

oleh AK-47
11/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan pemergian Tan Sri Adenan Satem akibat komplikasi jantung di Sarawak tengah hari tadi sebagai kehilangan besar buat penduduk di negeri itu dan negara amnya.

Beliau berkata kehilangan Allahyarham sudah pastinya dirasai kerana Ketua Menteri Sarawak itu sedang rancak melaksanakan pelbagai inisiatif memajukan negeri itu.

“Bagi seluruh rakyat Johor, saya merakamkan ucapan takziah kepada Puan Sri Jamilah Anu (isteri Adenan) dan keluarga serta seluruh rakyat Sarawak di atas kepulangan Ketua Menteri Sarawak (Tan Sri) Adenan Satem ke rahmatullah.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan diberkati Allah SWT,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Adenan, 72, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1.20 tengahari tadi di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan, Kuching berikutan komplikasi jantung yang dialaminya.

Beliau menjadi Ketua Menteri Sarawak kelima selepas mengambil alih jawatan itu daripada Tun Abdul Taib Mahmud pada 28 Feb, 2014.

Adenan telah membantu Barisan Nasional meraih kemenangan besar pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11 pada 7 Mei, tahun lepas. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Khaled NordinTan Sri Adenan Satem
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

Kekuatan BN Terletak Pada Kesatuan Saf Dan Semangat Kebersamaan – Khaled Nordin

Kekuatan BN Terletak Pada Kesatuan Saf Dan Semangat Kebersamaan – Khaled Nordin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan kekuatan Barisan Nasional (BN) sentiasa terletak pada kesatuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd