• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siti Nurhaliza Rai Hari Lahir Jadi Deejay Hot FM

oleh AK-47
11/01/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEJUTAN… Tentu pendengar radio Hot FM terperanjat dan terkesima pagi ini apabila mendengar suara penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menjadi deejay radio tersebut.

Ada yang menganggap penyanyi nombor satu negara itu sedang cuba mengasah bakat menjadi juruhebah radio di stesen popular milik rangkaian Media Prima Berhad tersebut.

Namun, kehadiran penyanyi itu di konti radio tersebut adalah sebagai mengendalikan slot Datuk Siti Nurhaliza Take Over atau #CTTakeOverHot selama dua jam mulai 10 pagi Rabu.

Ini  sebagai meraikan ulang tahun kelahiran ke-38 beliau pada hari ini, sekali gus memberi peluang buat pendengar dan peminat untuk mendengar rangkaian lagu Aku Cinta Padamu itu serta kisah pembabitannya dalam dunia seni.

Memulakan segmen tersebut dengan lagu Jerat Percintaan, Siti Nurhaliza turut berkongsi kenangan terindahnya apabila memenangi 250 anugerah selama 20 tahun menjadi penghibur.

“Anugerah yang diterima lebih kepada pemberi semangat kerana ia bukan mudah untuk dikekalkan.

“Siti anggap ia permulaan baharu dan peluang memperbaiki kekurangan diri. Kesetiaan dan kepercayaan peminat adalah suatu amanah buat saya,” katanya ketika bersiaran.

Netizen menerima baik cubaan Siti Nurhaliza menjadi penyampai radio dan ada yang tidak puas mendengar beliau mengendalikan program tersebut.

Menerusi laman Facebook Hot FM, peminat dan keluarga turut mengucapkan selamat hari lahir kepada beliau dan mendoakan kebahagiannya.

Sebelum ini pada 2014, Siti Nurhaliza dijemput sebagai tetamu bagi segmen Agenda Awani untuk menjadi pembaca berita dan beliau berjaya melakukannya dengan baik. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Siti Nurhalizahotfmpenyampai radio
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Kilat Di Subang, Pusat Beli-belah Dimasuki Air

Penyampai Radio Filipina Maut Ditembak

05/11/2023
0

MANILA: Seorang penyampai radio maut ditembak di dalam studionya di Filipina, hari ini, kata polis. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….....

Kontrak KJ Disambung Hingga Hujung Tahun

Kontrak KJ Disambung Hingga Hujung Tahun

21/05/2023
0

KUALA LUMPUR : Selepas tiga bulan bergelar penyampai radio HotFM dengan mengendalikan segmen Bekpes Hot bersama rakan penyampai, AG, Johan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd