• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tempoh Reman KSU & Seorang Daripada 2 Anaknya Dilanjut

oleh Ahmad Albab
11/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perintah tahanan reman terhadap seorang ketua setiausaha kementerian (KSU) bergelar ‘Datuk’ dan seorang daripada dua anaknya berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa dilanjutkan empat hari lagi.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melanjutkan perintah tahanan reman KSU berumur 59 tahun dan anak lelakinya yang berumur 34 tahun bermula esok hingga Ahad ini.

Seorang lagi anaknya yang berusia 29 tahun dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Mahkamah sebelum ini mengeluarkan perintah reman tujuh hari ke atas KSU dan dua anak lelakinya itu.

Kesemua mereka ditahan pada 4 Jan lepas bagi membantu siasatan menurut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaaan serta Akta Pengubahan Wang Haram.

Terdahulu, KSU dan dua anaknya itu dibawa ke Mahkamah Majistret kira-kira 9.55 pagi dengan menaiki tiga kenderaan berasingan.

Pada 4 Jan lepas, KSU itu ditahan di rumahnya di USJ, Subang pada 8 pagi manakala dua anaknya ditahan selepas memberi keterangan di ibu pejabat SPRM, hari yang sama.

Kedua-dua anak lelaki KSU itu merupakan pengarah urusan dua syarikat berasingan. – BERNAMA

Tags: Kes RasuahKSUreman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Reman Semula Pendakwah, Ketua Jabatan Kewangan Disyaki Seleweng Dana RM1.3 Juta

SPRM Reman Semula Pendakwah, Ketua Jabatan Kewangan Disyaki Seleweng Dana RM1.3 Juta

06/02/2026
0

ALOR SETAR: Seorang pendakwah bebas sekali lagi direman bersama seorang Ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan sebuah institusi pusat pendidikan dan...

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

02/02/2026
0

KUALA TERENGGANU – Seramai 33 penyokong Selangor FC dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Isnin bagi proses permohonan reman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd