• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Air Selangor Akan Laksana Sistem Baharu Tahun Depan

oleh AK-47
10/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) akan melaksanakan Sistem Pengurusan Perhubungan Pelanggan dan Pengebilan baharu bermula 2018, dalam usaha menyediakan perkhidmatan yang lebih efektif kepada pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Suhaimi Kamaralzaman berkata, langkah itu juga merupakan sebahagian inisiatif transformasi digital bagi menambah baik sistem perkhidmatannya kepada lebih dua juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Kami menyedari sistem sedia ada beroperasi dengan sistem legasi propietari tidak bersepadu berusia lebih 10 tahun untuk perhubungan pelanggan, pengebilan dan perkhidmatan berkaitan.

Dalam usaha memenuhi keperluan dalam talian serta melayani jangkaan pelanggan serta menyediakan standard perkhidmatan tertinggi, kita tidak mempunyai pilihan selain memberi laluan kepada sistem lebih dinamik, teguh dan bertaraf dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kata Suhaimi, sistem baharu itu juga bakal menawarkan platform bil sehenti selain dilengkapi maklumat tepat mengenai pelanggan, data bil air terperinci, alamat dan nombor telefon bimbit.

Katanya, pengguna juga dapat mengakses pengebilan atas talian dan maklumat perkhidmatan melalui aplikasi telefon pintar dan web.

“Bagi tempoh 12 bulan akan datang, pembersihan data, perkakasan dan konfigurasi perisian, pengurusan rangkaian, integrasi, penghijrahan data serta operasi selari dan percubaan akan dilaksanakan sebelum pelancaran dan pelaksanaan sistem,” katanya. – BERNAMA

Tags: air selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengguna Akan Terima Bekalan Air Secara Berperingkat Mulai Awal Pagi Esok – Air Selangor

Pengguna Akan Terima Bekalan Air Secara Berperingkat Mulai Awal Pagi Esok – Air Selangor

05/06/2024
1

SHAH ALAM : Pengguna dijangka menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat bermula jam 3 pagi esok, selepas kerja penyelenggaraan dan penggantian...

Air Selangor Mohon Naikkan Tarif Air Di Lembah Klang

Air Selangor Mohon Naikkan Tarif Air Di Lembah Klang

04/07/2023
0

Pengendali perkhidmatan air di Lembah Klang, Air Selangor meluahkan harapan agar kerajaan mengkaji semula tarif air secepat mungkin. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd