• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Ke China Teruskan Hubungan Akrab Dua Negara

oleh AK-47
10/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Lawatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke China yang bermula hari ini penting dalam memastikan kesinambungan hubungan sedia ada antara pemimpin tertinggi, agensi kerajaan dan swasta serta komuniti perniagaan dan rakyat kedua-dua negara.

Duta Malaysia ke China Datuk Zainuddin Yahya berkata tujuan utama lawatan enam hari itu ialah untuk meningkatkan hubungan dua hala dan kerjasama erat Malaysia-China, selain meneruskan momentum kejayaan lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Oktober lepas.

Lawatan ini juga bagi menyusuli perbincangan Ahmad Zahid dan Menteri Keselamatan Awam China Guo Shengkun berhubung isu keselamatan dan jenayah antarabangsa semasa lawatan pertama beliau selaku Timbalan Perdana Menteri ke republik itu pada Februari tahun lepas, kata Zainuddin.

Lawatan Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri adalah atas jemputan Guo dan beliau dijangka tiba di sini pada 5 petang ini waktu tempatan.

Bercakap kepada media Malaysia hari ini, Zainuddin berkata sebaik tiba, Ahmad Zahid akan mengadakan pertemuan dengan Gou, disusuli majlis makan malam yang dihoskan oleh Menteri Keselamatan China itu.

Zainuddin berkata esok, Timbalan Perdana Menteri dijadualkan bermesyuarat dengan Setiausaha Politik dan Hal Ehwal Undang-undang Pusat Parti Komunis China Meng Jianzhu.

Perbincangan antara lain mengenai inisiatif antikeganasan melalui Pusat Serantau Digital bagi Memintas Mesej melalui Komunikasi yang ditubuhkan di Malaysia dan kerjasama menangani isu-isu keselamatan yang lain.

Beliau berkata pada 13 Jan, Ahmad Zahid dijadualkan mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi Wilayah Yunan di Kunming.

Topik perbincangan termasuk amalan terbaik wilayah itu dalam memerangi jenayah keganasan dan radikalisme serta isu-isu kepentingan bersama, katanya.

“Di Kunming juga Timbalan Perdana Menteri dijadual mengadakan pertemuan dengan Jabatan Keselamatan Awam dan Biro Pentadbiran Penjara Wilayah Yunan serta melawat Muzium Narkotik pada 14 Jan,” kata Zainuddin. – BERNAMA

Tags: ChinaDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidilawatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd