• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TRW Belum Cukup Kuat Untuk Beri Tentangan – Annuar

oleh Ahmad Albab
10/01/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – “Skuad The Red Warriors (TRW) ketika ini masih belum cukup kuat memberi saingan kepada pasukan lain dalam Liga Malaysia (Liga-M),” akui bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (FAFA) Tan Sri Annuar Musa.

Malah, menurutnya skuad itu perlu bergantung kepada pemain import untuk membantu melonjakkan nama pasukan selepas kehilangan beberapa pemain utama yang menyertai pasukan lain.

“Ramai pemain senior yang meninggalkan kita antaranya Muslim (Ahmad) dan Wan Zack Haikal, mereka ini perlu diganti dengan pemain berkualiti.

“Kita tidak sempat untuk mendapatkan pemain tempatan kerana terlambat dan perlu bergantung kepada pemain import kerana dalam saingan bola sepak tempatan, khidmat mereka amat penting.

“Walaupun ada yang berkata memadai dengan menggunakan pemain muda dari skuad Piala Presiden, pengalaman saya dalam arena bola sepak menunjukkan sukar untuk membentuk pasukan mantap dengan cara begitu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas perlawanan persahabatan antara MIFA FC dan Kelantan di Stadium Universiti Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini. MIFA FC menundukkan Kelantan 2-0.

Annuar berkata skuad TRW perlu melengkapkan kuota empat pemain import bagi mengimbangi kehilangan pemain senior mereka itu.

“Kalau tak masuk pemain import lagi berat. Bila masuk, kita boleh seimbangkan sikit dan sebab itu saya harap (skuad) dapat ambil pemain yang berkualiti,” katanya.

Mengulas mengenai jersi TRW, beliau berkata skuad itu atas permintaan penaja akan kembali menggunakan warna tradisi iaitu merah putih sebagai jersi utama di tempat sendiri.

“Bagi jersi kedua, kita akan gunakan warna biru untuk perlawanan tempat lawan manakala warna oren bagi jersi ketiga. Kita akan lancarkan jersi ini pada 20 Jan ini,” katanya.

Sementara itu, Annuar yang juga Pengerusi RedONE dan Presiden Al Hamra Group yang menjadi penaja utama KAFA musim ini, berkata secara prinsipnya lapan syarikat bersetuju untuk membantu persatuan berkenaan.

Beliau berkata daripada jumlah itu, lima syarikat telah pun mengadakan rundingan manakala tiga lagi akan dilakukan secepat mungkin.

“Secara prinsip, lapan syarikat ini sudah bersetuju tapi belum tandatangani kontrak, saya mesti selesaikan sebelum 14 Jan ini dan saya hanya tinggal empat hari lagi.

“Kalau selesai, saya sasarkan untuk kumpulkan dana RM10 juta untuk KAFA,” katanya. – BERNAMA

Tags: Annuar MusaTRW
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

10/10/2025
0

KOTA BHARU: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd