• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Belum Terima Jemputan Himpunan Mega RUU 355

oleh Ahmad Albab
10/01/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – UMNO belum membuat sebarang keputusan untuk menyertai Himpunan 355 yang dicadang diadakan di Dataran Merdeka pada 18 Feb depan.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata setakat ini parti itu juga tidak menerima jemputan daripada PAS selaku penganjurnya.

“UMNO belum buat apa-apa pendirian rasmi berkenaan itu… semua terpulang kepada presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak).

“Saya ada berbincang dengan pemimpin kanan parti pagi tadi, bagaimanapun kita belum terima sebarang jemputan,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Wacana Korporat: Gagasan Menjunjung Amanah Rakyat di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Annuar berpendapat himpunan itu adalah perlu bagi merungkai persoalan dan memberi penjelasan lebih baik kepada masyarakat.

“Secara peribadi saya berpendapat apa-apa perjumpaan kalau ke arah memberikan penjelasan kepada masyarakat awam untuk lebih memahami, ia adalah satu perkara yang baik dilakukan kerana ia telah menjadi polemik dan menimbulkan keresahan sesetengah pihak,” katanya.

Pada 7 Jan lepas, pengerusi program himpunan itu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS akan menganjurkan himpunan berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) bagi memberikan penjelasan penuh mengenainya.

Jelas Annuar, PAS bertanggungjawab memberikan penjelasan sebelum sidang parlimen pada Mac depan memandangkan RUU itu dibawa oleh PAS.

Sementara itu, beliau berkata kesemua pimpinan Barisan Nasional (BN) juga perlu ‘duduk’ bersama terutama dengan parti komponen yang menentang pelaksanaan RUU itu.

“Penentangan itu mengikut apa yang mereka faham dan sebagai anggota BN kita kena bincang supaya setiap keputusan tidak berdasarkan emosi semata-mata.

“Penentangan sebelum ini adalah kerana perkara itu dibawa oleh pembangkang sedangkan kita tidak tahu lagi bagaimana (RUU itu),” katanya. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Annuar Musa.
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Insya-Allah” – Annuar Ulas Kerjasama UMNO-PAS Di Negeri Sembilan

“Insya-Allah” – Annuar Ulas Kerjasama UMNO-PAS Di Negeri Sembilan

14/07/2026
0

KUALA LUMPUR - "Insya-Allah". Demikian jawapan ringkas Tan Sri Annuar Musa ketika ketika ditanya Mynewshub berhubung kemungkinan kerjasama UMNO dan...

MB Johor Ambil Pendirian Betul Hadir Majlis Kerajaan Persekutuan Atas Dasar Federalisma – Annuar Musa

MB Johor Ambil Pendirian Betul Hadir Majlis Kerajaan Persekutuan Atas Dasar Federalisma – Annuar Musa

16/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengambil pendirian yang betul dengan menghadiri majlis Kerajaan Persekutuan bersama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd