• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Sasar Kutip GST RM42 Bilion Tahun Ini – Othman

oleh AK-47
09/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kerajaan menyasarkan kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada tahun ini sebanyak RM42 bilion, naik RM1 bilion berbanding RM41 bilion pada tahun lepas.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Othman Aziz berkata sasaran itu mampu dicapai melalui kerjasama semua pihak walaupun berdepan dengan cabaran kelembapan ekonomi dunia dan Malaysia tidak terkecuali.

“Melihat suasana persekitaran ekonomi pada hari ini, kita menjangka sedikit peningkatan (GST) iaitu RM42 bilion berbanding pada 2016.

“Ini juga satu bebanan kepada Jabatan Kastam untuk memastikan sasaran itu dicapai,” katanya kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Projek Pembinaan Perumahan Kastam Sepanggar di sini hari ini.

Projek perumahan yang bernilai RM54 juta itu melibatkan pembinaan tiga blok bangunan dengan 120 unit rumah dan berjaya disiapkan mengikut jadual dengan penjimatan kos sebanyak RM6 juta.

Othman berkata walaupun masih terdapat syarikat yang gagal mematuhi arahan pembayaran GST, bilangannya kecil iaitu sekitar lima peratus dan tindakan susulan telah diambil termasuk mengenakan kompaun.

Mengenai Kedai Bebas Cukai (KBC) bagi penjualan rokok dan minuman keras di tiga buah pulau bebas cukai, Langkawi, Wilayah Persekutuan Labuan dan Tioman, katanya pelaksanaannya memberi impak yang positif dan menggalakkan dalam usaha kerajaan meminimumkan ketirisan pendapatan cukai barangan itu.

Beliau berkata pada masa ini, jumlah KBC di Langkawi ialah 56 buah, manakala Labuan (21) dan Tioman (tiga).

Katanya pelaksanaan KBC tidak menjejaskan industri pelancongan di pulau tersebut dan bilangan yang diwujudkan di setiap pulau itu mencukupi untuk memenuhi permintaan pengunjung.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata KBC diperkenalkan hanya untuk penjualan rokok dan minuman keras sahaja dan ketirisan yang dikesan sebelum ini dianggarkan sebanyak RM1.73 bilion setahun.

Katanya permohonan untuk mendapatkan lesen KBC untuk penjualan rokok dan minuman keras di pulau berkenaan masih terbuka kepada peniaga yang berminat. – BERNAMA

Tags: Datuk Othman AzizGST
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd