• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kim Kardashian Kongsi Saat Nyaris Ditembak Dari Belakang

oleh AK-47
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HAMPIR empat bulan selepas kejadian rompakan melibatkan bintang realiti terkenal Kim Kardashian akhirnya mendedahkan yang dia nyaris ditembak dari arah belakang.

Menerusi sedutan episod terbaharu program realitinya, Keeping Up With The Kardashians, buat pertama kali Kim membuka mulut dengan berkongsi detik mencemaskan ketika kejadian rompakan di Paris pada Oktober lalu.

Dalam keadaan sedih dan menangis, Kim memberitahu keluarganya yang dia bimbang akan mati apabila perompak tersebut mengugut mahu menembaknya.

“Mereka mahu menembak saya dari arah belakang dan tiada jalan keluar. Ini membuatkan saya sedih apabila memikirkan mengenainya,” katanya.

Dailymail melaporkan isteri kepada penyanyi rap, Kanye West itu berdepan dengan saat mencemaskan apabila tangan dan kakinya diikat selepas bilik hotelnya di Paris dirompak lima lelaki bersenjata dan bertopeng yang berpakaian seperti pegawai polis.

Dalam kejadian itu, Kim diletakkan di dalam tab mandi dengan mulutnya dibalut pita pelekat serta kepalanya diacukan pistol.

Susulan kejadian itu, Kim kehilangan pelbagai barangan bernilai jutaan ringgit termasuk cincin berlian bernilai RM14.6 juta.

Berikutan insiden itu, ramai menyalahkan Kim kerana suka menayangkan kemewahannya di media sosial. – MYNEWSHUB.CC

Tags: dedahDirompakKIM KARDASHIAN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ketua Penerangan PAS Minta Anthony Loke Dedah Projek Pengangkutan Diluluskan Mengikut Negeri

Ketua Penerangan PAS Minta Anthony Loke Dedah Projek Pengangkutan Diluluskan Mengikut Negeri

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Pusat meminta Kementerian Pengangkutan mendedahkan nilai projek pengangkutan yang diluluskan mengikut negeri bagi membolehkan...

Yasin Sulaiman Dedah Jumpa Najib Dalam Penjara: ‘Dia Sangat Budiman, Prihatin, Lemah Lembut’

Yasin Sulaiman Dedah Jumpa Najib Dalam Penjara: ‘Dia Sangat Budiman, Prihatin, Lemah Lembut’

20/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman berkongsi pengalaman menarik bertemu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd