• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ditahan Bersama 71 Gram Dadah Di Selama

oleh Ahmad Albab
09/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LARUT – Seorang lelaki disyaki pengedar dan penagih dadah ditahan bersama sembilan paket heroin dan syabu seberat 71 gram di tepi jalan Kampung Baru Bukit Bertam ke Tanjung Lengkong dekat Selama semalam.

Ketua Polis Daerah Selama DSP Loo Lian Lay berkata lelaki berusia 32 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dan Bahagian Siasatan Jenayah di sini pada 8.20 pagi.

Ketika polis meminta suspek menyerah diri, suspek bertindak melawan dengan mengeluarkan sebilah pisau dan memberi amaran akan menikam anggota polis supaya tidak menghampirinya.

“Polis bagaimanapun berjaya menahan suspek dalam pergelutan setelah suspek enggan menyerah diri.

“Hasil pemeriksaan polis menemukan satu paket plastik disyaki dadah jenis heroin seberat 60 gram dan lapan paket plastik dadah jenis syabu seberat 11 gram dalam poket seluar suspek,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Polis turut merampas sebuah kereta jenis Honda Civic bernilai RM40,000 dan sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z bernilai RM6,000.

Menurut Loo, hasil siasatan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A(1) akta sama. – BERNAMA

Tags: lelaki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd