• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Farkhan Juarai Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor

oleh Ahmad Albab
08/01/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Peninju profesional negara, Muhammad Farkhan Mohd Haron, menjuarai kategori ‘light heavyweight’ Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor (JIBC) 2017, selepas menumbangkan peninju dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Kaseba, malam tadi.

Anak kepada bekas peninju negara, Allahyarham Mohd Haron Ismail itu menewaskan Kaseba, dengan pukulan TKO pada minit kedua pusingan keempat, meski pun diasak keras pada pusingan pertama dan kedua.

Acara yang julung kali diadakan itu disaksikan lebih 3,000 penyokong yang hadir di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini untuk memberi sokongan kepada peninju negara itu.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyaksikan pertandingan itu dan menyampaikan tali pinggang Majlis Tinju Dunia (WBC) Asia kategori Light Heavyweight kepada Muhammad Farkhan.

Baginda merupakan Penaung Diraja bagi Persatuan Tinju Johor dan tulang belakang kepada kejayaan yang diraih Muhammad Farkhan.

Muhammad Farkhan berkata kemenangan itu adalah pencapaian baharu dirinya dengan memenangi dua tali pinggang bagi dua kategori berbeza apabila dia menjuarai kategori ‘cruiserweight’ WBC Asia di Far East Square, Singapura, pada Julai tahun lalu.

Ini menjadikannya satu-satunya peninju negara yang memenangi dua tali pinggang bagi dua kategori berat berbeza iaitu ‘cruiserweight’ dan ‘light heavyweight’. – BERNAMA

Tags: Muhammad Farkhanpetinju
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hikmah Covid-19, Petinju MMA Masuk Islam

21/04/2020
0

PETINJU profesional seni bela diri campuran (MMA), Wilhelm Ott mengumumkan sudah memeluk Islam pada 16 April lalu sambil menyatakan pandemik...

Ditumbuk Bertalu-Talu, Petinju 13 Tahun Maut

16/11/2018
0

SEORANG petinju remaja maut akibat pendarahan otak sehari selepas tidak sedarkan dalam satu kejohanan Muay Thai yang menawarkan wang tunai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd