• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10,000 Liter Diesel Dihantar Atasi Masalah Bekalan

oleh Ahmad Albab
08/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Sarawak telah menghantar bekalan diesel dan petrol ke Bario semalam bagi mengatasi masalah kekurangan bahan itu di kawasan berkenaan.

Pengarahnya Datuk Stanley Tan berkata sebanyak 10,000 liter diesel dan 3,000 liter petrol telah dihantar ke kawasan itu.

“Penghantaran kedua akan dilakukan esok (Isnin) dan akan sampai (di sana)pada Selasa kerana jalan yang kurang baik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kali terakhir penghantaran ke kawasan tanah tinggi itu dibuat ialah pada 5 Disember lalu.

Jumaat lepas, sebuah akhbar melaporkan berlaku kekurangan diesel serta petrol yang kritikal di Bario sehingga menyukarkan kehidupan harian penduduk di sana.

Mengulas perkara itu Tan berkata masalah kekurangan bekalan tersebut berpunca daripada program penyeragaman harga yang bermula awal tahun ini.

Menerusi program penyeragaman harga, kerajaan membayar kos pengangkutan supaya harga di pedalaman sama dengan harga di bandar, katanya.

“Diharapkan dengan bermulanya program penyeragaman harga ini yang dilaksanakan oleh kerajaan dapat menyelesaikan masalah kekurangan bekalan di Bario,” kata Tan.

Bario, satu kawasan pedalaman di utara Sarawak, hanya boleh dihubungi menggunakan pesawat kecil atau dengan kenderaan pacuan empat roda melalui jalan balak yang mengambil masa sehingga 12 jam dari Miri. – BERNAMA

Tags: KPDNKKsarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd