• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ikan Kembong Mahal: Ayam Dan Ikan Kering Pilihan Utama

oleh Ahmad Albab
07/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kenaikan harga ikan kembong sehingga mencecah lebih RM12 sekilogram di sini hari ini menyebabkan ramai pengguna mula beralih kepada ayam, ikan kering dan bahan mentah lain yang lebih murah.

Ketika ditemui di Pasar Besar Alor Setar di sini, seorang suri rumah Maznah Ismail, 40, berkata sejak harga ikan kembong naik daripada RM7 kepada RM12 sekilogram, dia kini lebih suka membeli ayam untuk dijadikan lauk-pauk bagi keluarganya.

“Saya beli juga ikan tetapi dalam jumlah yang sedikit dan membeli lebih banyak ayam kerana ia lebih murah dan disukai anak-anak,” katanya.

Kamal Abdul Jalil, 52, pula berkata selain ayam, dia juga membeli ikan kering untuk mempelbagaikan hidangan di saat kenaikan harga ikan pada masa ini.

“Walaupun ikan mahal ketika ini, saya masih boleh mengurangkan beban dengan membuat pilihan lain membeli ikan kering atau ikan bilis untuk hidangan di rumah,” katanya.

Peniaga ayam di pasar basah itu, Mohd Zahir Zainal Abidin, 62, berkata jualan ayamnya kian meningkat sejak awal bulan ini kesan daripada peningkatan harga ikan.

Katanya setiap hari dia perlu menyediakan 1,500 ayam daging untuk memenuhi permintaan pengguna berbanding 1,200 ekor sebelum ini.

“Walaupun harga ayam yang kami beli dari ladang naik daripada kebiasaan, kami masih mampu menjualnya pada harga RM7.40 sekilogram dan ia lebih murah jika dibandingkan harga ikan mencecah RM12 hingga RM14 sekilogram.

“Sembilan belas pekerja saya sentiasa sibuk dengan tempahan pelanggan yang tidak putus-putus membeli ayam di sini,” katanya.

Sambutan sebegitu juga diterima peniaga ikan kering, Mohamad Othman, 67, di mana gerainya turut menjadi tumpuan orang ramai yang berkunjung ke pasar basah terbabit.

“Orang ramai tidak putus-putus datang membeli ikan kering di kedai saya dan antara yang diminati pengguna ialah ikan tamban masin, ikan talang dan ikan bilis,” katanya. – BERNAMA

Tags: hargaIkan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

28/07/2025
0

GUA MUSANG: Kejadian ratusan ikan mati di Sungai Ketil, dekat Taman Rekreasi Rimba Wangi, Taman Wangi, di sini, dua hari...

Harga Bitcoin Capai Paras Tertinggi Dalam Sejarah

Harga Bitcoin Capai Paras Tertinggi Dalam Sejarah

20/01/2025
0

MOSCOW: Harga Bitcoin sekali lagi mencapai paras tertinggi harian bersejarah, melepasi AS$109,000, menurut data dagangan pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd