• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis P.Pinang Tahan Lelaki, Rampas Dadah RM1.5 Juta

oleh Ahmad Albab
06/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang penjual kereta ditahan dan polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.5 juta dalam serbuan di kawasan sebuah apartment di Gelugor, di sini semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata lelaki berusia 41 tahun itu ditahan kira-kira pukul 2 petang ketika berjalan menuju ke rumahnya selepas memarkir kereta di tempat letak kenderaan apartment berkenaan.

“Hasil pemeriksaan ke atas beg yang dibawa lelaki itu, polis menemui tujuh ketulan mampat dadah syabu seberat 7.3 kilogram, tiga bungkusan berisi 15,000 biji pil Eramin 5 dan empat bungkusan berisi 20,000 pil ekstasi.

“Siasatan awal polis mendapati ia (dadah yang dirampas) adalah untuk pasaran di Pulau Pinang,” katanya pada sidang akhbar sebelum majlis serah terima tugas Ketua Polis Pulau Pinang di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut menyita sebuah kereta Honda Accord, dua kereta BMW dan pelbagai barang kemas bernilai RM764,120 daripada lelaki terbabit.

Abdul Ghafar berkata siasatan juga mendapati lelaki yang mempunyai rekod jenayah dan positif dadah itu mempunyai kaitan dengan rangkaian sindiket pengedaran dadah antarabangsa terutama negara jiran.

Sementara itu pada majlis berkenaan Datuk Chuah Ghee Lye menerima tugas sebagai Ketua Polis Pulau Pinang yang baharu menggantikan Abdul Ghafar yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Chuah, yang berkhidmat dalam polis sejak 40 tahun lepas sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik), Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman manakala Abdul Ghafar, yang berkhidmat selama 10 bulan di Pulau Pinang, menggantikan Datuk Seri Jalaluddin Abdul Rahman yang bersara wajib tahun lalu.

Majlis serah terima tugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang disaksikan Pengarah Pengurusan PDRM Bukit Aman Datuk Seri Zulkifli Abdullah. – BERNAMA

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd